Connect with us

Berita Lain

DUA SUSPEK LARIKAN KANAK-KANAK PEREMPUAN DICEKUP POLIS



PORT DICKSON – Polis Port Dickson menahan dua suspek lelaki
berusia 18 dan 21 tahun dipercayai tebabit dengan kes kehilangan seorang
kanak-kanak perempuan 10 tahun pagi kelmarin di kediaman keluarganya di Kuaters
Kakitangan Politeknik Port Dickson.

Sumber polis berkata, suspek tersebut yang juga merupakan
pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Port Dickson ditahan disebuah
kompleks membeli belah di Seremban sekitar jam 4.45 petang tadi.
Menurutnya, ketika ditahan, suspek sedang beratur hendak
membeli tiket wayang.

“Polis menyiasat kes ini di bawah Akta Kanak-Kanak dan
bukannya kes berkaitan culik memandangkan suspek tidak meminta wang
tebusan,” katanya.

Sumber polis berkata, suspek akan di bawa ke mahkamah esok
untuk mendapatkan perintah reman.
Menurut laporan sinar online, terdahulu, sekitar jam 9 malam hari yang dalam kejadian ini,
kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan oleh individu yang melarikannya ditepi
jalan berhampiran pondok pengawal politeknik.
Kini kanak-kanak itu sedang mendapatkan khidmat kaunseling
dan pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel