Connect with us

Berita Lain

GARA-GARA SILAP UMUM TARIKH RAYA HAJI, ASTRO AWANI MOHON MAAF


PETALING JAYA: Saluran Astro Awani membuat permohonan maaf
di atas kesilapan pengumuman tarikh Aidiladha pada Selasa.

Saluran berita itu dalam satu kenyataan di halaman
Facebooknya pada Rabu memberitahu bahawa ia telah membuat permohonan maaf
sejurus menyedari kesilapan pengumuman tarikh tersebut bermula pukul 8.45 malam
Selasa.

Kenyataan itu turut dimuat naik video ‘Buletin Awani Top 5’
yang bersiaran pada tengah hari Rabu dengan penyampai beritanya mengulangi
permohonan maaf.

“Kami mohon maaf di atas kesilapan pengumuman tarikh Hari
Raya Aidiladha dalam buletin sebelum ini,” katanya disusuli penyiaran semula
rakaman pengumuman tarikh sebenar oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja,
Mohd Aseral Jusman.

Pagi Rabu, mStar Online melaporkan orang ramai dinasihatkan
tidak keliru terhadap pengumuman tarikh Aidiladha kerana Hari Raya Haji kekal
pada 10 Zulhijjah di seluruh Malaysia bersamaan dengan Jumaat, 1 September ini.

Aidiladha Kekal Jumaat 1 Sept – KP Jakim

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan
Sri Othman Mustapha berkata, satu jawatankuasa telah melihat anak bulan pada
Selasa dan bermakna 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah Rabu, 23 Ogos.

“Tarikh yang sebenar adalah 10 Zulhijjah pada Jumaat untuk
Hari Raya Haji,” katanya kepada mStar Online.

Othman berkata, prosedur operasi standard (SOP) di pihak
Jakim berhubung pengumuman tarikh berkenaan adalah betul kerana tiada kesilapan
semasa ia diumumkan di saluran RTM.


Sumber: Mstar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel