Connect with us

Berita Lain

GARA-GARA TULAR VIDEO ANAK TIKUS, KANTIN HTAR DIARAH TUTUP SERTA MERTA


PETALING JAYA: Gara-gara video seekor anak tikus berkeliaran
di bekas hidangan makanan di sebuah premis, pengusaha kantin Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR) Klang diarah menutup operasi serta-merta.

Notis perintah tutup itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan
Daerah Klang berkuatkuasa pukul 2 petang, Jumaat untuk tempoh dua minggu
berakhir 1 September 2017, lapor mstar online.

Menerusi rakaman berdurasi 33 saat itu, tikus tersebut
dilihat mengambil secebis sayur dalam bekas hidangan lauk di premis itu.

Menurut notis yang dikeluarkan, tindakan diambil mengikut
Seksyen 11, Akta Makanan 1983, kerana premis itu tidak bersih dan boleh
mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

The Star melaporkan klip itu dipercayai dirakamkan dan
disebarkan di media sosial oleh pekerja hospital yang tidak berpuas hati dengan
tahap kebersihan kantin.

Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming ketika dihubungi berkata
kantin itu telah diarahkan untuk ditutup.

“Kami tidak pasti sama ada video itu diambil di kantin
hospital kami atau sebaliknya, tetapi kami menggunakan peluang ini untuk
mengarahkan supaya kantin ini menjalani pembersihan menyeluruh.

“Kami akan memeriksa tempat ini sekali lagi dan jika
kami berpuas hati dengan kebersihannya, ia akan dibenarkan dibuka dibuka semula
petang ini,” katanya.

Dr Ding juga berkata sudah menjadi prosedur operasi standard
(SOP) Jabatan Kesihatan untuk mengeluarkan arahan penutupan selama dua minggu
apabila insiden seperti ini berlaku, tetapi premis dibenarkan beroperasi sebaik
sahaja ia dibersihkan dengan betul.

Ini bukan kali pertama kantin tersebut mengalami masalah
tikus.
Kantin yang sama sebelum ini ditutup selama dua minggu pada
April 2015 kerana mempunyai tikus dan tidak bersih.

Beberapa pesakit yang ditemuramah oleh The Star selepas
insiden pada tahun 2015 berkata keseluruhan hospital itu penuh dengan tikus.

Seorang daripadanya juga mendakwa dia telah digigit haiwan
itu di salah sebuah wad.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel