Connect with us

Berita Lain

HANYA RM1 SESENDUK


Pasir Gudang: Peningkatan kos sara hidup yang mendadak
dengan kenaikan pelbagai harga barang termasuk barangan basah menyebabkan kos
membeli makanan di luar terutama kepada mereka yang bekerja meningkat hampir
dua kali ganda.
Malah ada segelintir peniaga makanan terpaksa mengenakan
harga hingga RM12 sepinggan bagi hidangan nasi, ayam dan sayur menyebabkan
penduduk mula tertekan.
Menyedari masalah orang ramai, peniaga Medan Selera Bachang
Corner, Taman Kota Masai, di sini, Nur Nadia Nordin, 35, menyediakan pelbagai
jenis lauk dengan hanya RM1 sesenduk bagi makanan tengah hari.
Memetik laporan daripada Harian Metro, dia yang berpengalaman berniaga sejak tiga tahun lalu
berkata, idea menjual lauk murah itu timbul kerana pernah membeli makanan
tengah hari untuk lima orang makan dengan harga melebihi RM50.
“Saya tahu harga makanan di luar mahal kerana kos untuk
membeli barang mentah meningkat. Namun, kita perlu kasihankan mereka yang makan
gaji kerana ada antara mereka gaji masih sama.

“Saya yang bekerja dan mempunyai pendapatan pun terkesan
dengan harga makanan yang mahal, kadang kala sepinggan nasi dengan lauk ayam
dan sayur sampai RM8, itu tidak termasuk air.

“Saya terfikir jika saya yang ada pendapatan sendiri rasa
makanan di luar itu mahal, apatah lagi suri rumah atau pekerja yang berpendapatan
rendah.
“Kita perlu ingat tidak semua yang bekerja boleh pulang dan
makan tengah hari di rumah, namun sekiranya makan tengah hari sehari RM10,
sebulan kira-kira RM300, sedangkan kos lain turut meningkat,” katanya.
Menurutnya, dia berbincang dengan suami, Mohd Darul Nafis
Miskon, 37, untuk membuat nasi bajet dan selepas membuat perkiraan kos, dia
menjual lauk sesenduk RM1, nasi RM1 dan air sirap RM1 segelas.
Bagaimanapun, katanya, lauk ikan terpaksa dijual RM2 kerana
harganya terlalu mahal ketika ini.
Nur Nadia berkata, dia menjual lebih 15 jenis lauk termasuk
ayam sambal, ayam masak cili padi, sup ayam, kupang, ikan masak asam, ikan
goreng, sayur terung, kobis masak lemak dan tauge goreng.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel