Connect with us

Berita Lain

Jangan Nafi Sejarah, Jasa Tun Mahathir Kepada Negara


KEBELAKANGAN ini, ramai mempersoalkan asal usul dan
keturunan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Mahathir
berketurunan India dan nama sebenar beliau adalah Mahathir a/l Iskandar Kutty.
Pendedahan yang dibuat pada Mesyuarat Umno Bahagian Kelana
Jaya itu mencetuskan persoalan dan menjadi bualan rakyat yang mahu semua pihak
kemukakan kebenaran.
Sinar Harian menemui Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Baharuddin Abd Majid, 71, yang juga bekas
Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) 2000-2001 untuk menyingkap sejarah dua
beranak ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, Mahathir antara penyumbang besar dalam
pembangunan Kedah dan jasanya kepada negeri Jelapang Padi memang tidak boleh
dinafikan.
Katanya, walaupun beliau 
tidak sealiran dengan politik kerajaan, namun  sumbangan sejak zaman mudanya ketika bergelar
doktor perubatan hendaklah dihargai.
“Kita perlu melihat aspek positif, sumbangan seseorang itu,
bukan kisah peribadinya. Kita tidak wajar memperlekehkan jasa beliau
semata-mata kerana isu politik atau kerana keturunan nenek moyangnya, terutama
individu yang telah meninggal dunia,” kata Baharuddin.
Menurutnya, bapa kepada Mahathir, Mohamad Iskandar bukan
calang-calang orang, sebaliknya individu yang mengasaskan pendidikan Inggeris
di Kedah.

“Mohamad seorang guru Bahasa Inggeris dan pengasas pertama
Government English School (GES) yang kini dikenali KSAH. Kita wajar beri
penghargaan atas usahanya kerana berjaya letakkan asas kukuh dalam pembangunan
KSAH hingga muncul sekolah cemerlang kini,” katanya.


Baharuddin berkata, KSAH antara sekolah terawal dibina
berhampiran Balai Nobat sebelum pindah ke Jalan Penjara Lama, belakang IPD Kota
Setar (1911) dan dipindahkan ke Jalan Langgar pada 1917 dan kekal sehingga
kini.
“Mohamad yang berasal dari Pulau Pinang dijemput membuka
sekolah Inggeris pertama di Alor Setar kerana beliau fasih berbahasa Inggeris,
selain orang Melayu mahu anak tempatan mengajar, kerana bimbang dipengaruhi
ajaran Kristian ketika itu,” katanya.
Menurutnya, datuk Mahathir iaitu Iskandar berkahwin dengan
Siti Hawa dari Johor, dan lahirlah Mohamad pada 1881 di Pulau Pinang.
Sebelum itu, Iskandar dijemput mengajar Bahasa Inggeris di
Istana Johor.
“Mohamad dilantik pengetua pertama KSAH, diikuti empat
pengetua kalangan Melayu sebelum jawatan itu diberi kepada orang Inggeris.
Ketika itu, ramai guru Matematik dan Sains dibawa masuk dari India,” katanya.
Baharuddin berkata, pembelajaran KSAH berasaskan  tatabahasa Inggeris dari England, namun
pelajarnya tetap mengenakan songkok.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“KSAH lahirkan ramai tokoh terkemuka, termasuk pemimpin
politik. Wajar kita kenang jasa beliau pelopori pendidikan Inggeris di Kedah
walau siapa keturunan dia sekarang. Kita tak boleh nafi sejarah, tak kira siapa
individu itu, tak perlu ungkit keburukan tapi kenanglah jasa mereka,” katanya.
Mahathir berketurunan pemimpin Melayu
Berdasarkan sejarah keluarga yang dipaparkan di Rumah
Kelahiran Mahathir, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Mahathir anak bongsu
daripada sembilan beradik.
Ibunya, Che Tempawan Che Hanafi  berketurunan pemimpin Melayu Wan Su, iaitu
Datuk Temenggong Kulur, Bukit Lada. Antara keturunan sama dengannya ialah Wan
Mohamad Saman, yang memperkenalkan sistem terusan di Kedah.
Nama timangan Mahathir adalah Che Det sejak kecil, beliau
dididik oleh bapanya dengan penuh disiplin selain amat pentingkan pelajaran.
Pendidikan awal Mahathir bermula di Sekolah Melayu Lelaki
Seberang Perak (1932), sebelum meneruskan pelajaran di KSAH (1934) dan  seorang murid yang pendiam serta rajin
membaca.
Bagaimanapun, persekolahan Mahathir tergendala semasa perang
dunia kedua dan beliau memulakan perniagaan gerai kopi dan menjual buah-buahan
di Pekan Rabu.
Selepas perang tamat (1945), Mahathir kembali menyambung
pelajaran di KSAH sehingga memperoleh ‘Senior Cambridge School Certificate’.
Beliau memperoleh Ijazah Perubatan MBBS pada 1953 dan mula
bertugas di Hospital Besar Alor Setar.
Pada 1957, Mahathir meletak jawatan dan membuka Maha Klinik
di Jalan Tunku Ibrahim, sebelum berpindah ke Pekan Rabu.
Ketika itu, hanya ada lima klinik di Alor Setar dan Maha
Klinik adalah klinik pertama diusahakan doktor Melayu.
Bukti ‘bin’ atau anak lelaki?
Baharuddin berkata, berdasarkan sijil kelahiran Mahathir,
didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Alor Setar, namanya dibinkan kepada
nama bapanya, Mohamad bin Iskandar. Keturunan Mohamad tertera perkataan Melayu.
“Mohamad pula lahir di Pulau Pinang pada 1881 dan
kembali ke rahmatullah pada 1961, di usia 80 tahun. Datuk Mahathir, Iskandar
berasal dari Pulau Pinang,” katanya.
Pada kad pengenalan biru milik Mahathir, turut tertera
Mahathir bin Mohamad, bukannya anak lelaki Iskandar Kutty seperti heboh
diperkatakan.
“Ini termasuk kesemua sijil pelajaran rendah dan
pendidikan tinggi turut dinamakan Mahathir bin Mohamad,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel