Connect with us

Berita Lain

KEBERSIHAN RENDAH, ENAM KANTIN HOSPITAL DIARAH TUTUP, DIKOMPAUN


PUTRAJAYA: Enam kantin atau kafeteria di fasiliti kesihatan
Kementerian Kesihatan diarahkan tutup sementara dan dikompaun setelah
pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya rendah.

Kantin berkenaan, yang dikenakan tindakan mengikut Seksyen
11, Akta Makanan 1983, terletak di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang;
Hospital Muar dan Hospital Pulai di Johor; Hospital Shah Alam dan Hospital
Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor; dan Pusat Rehabilitasi Cheras,
Wilayah Persekutuan.

Menteri Kesihatan 
Datuk Seri S.Subramaniam berkata enam kantin itu diarahkan tutup
sementara selepas pemeriksaan kebersihan rutin dan operasi berkala dilakukan
terhadap 144 kantin hospital di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas oleh Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan.

“Selepas pemeriksaan sekali lagi dilakukan dan
mendapati kebersihan mencapai tahap tinggi, semua kantin berkenaan dibuka
semula kecuali HTAR…ia tidak ditutup secara kekal,” katanya dalam sidang
media di kementerian di sini, Rabu.

Kantin HTAR di Klang ditutup selama dua minggu sehingga 1
September ini atas faktor kebersihan susulan penyebaran sebuah video selama 32
saat yang memaparkan seekor tikus menarik makanan keluar dari bekas di kaunter
lauk-pauk Dr Subramaniam berkata pengusaha kantin di fasiliti kesihatan
Kementerian Kesihatan wajib memastikan makanan yang dijual di premis mereka
adalah bersih, selamat dan sihat.

“Sebahagian daripada skop kontrak baru dan
tanggungjawab pengusaha kantin dengan pihak hospital adalah memenuhi kriteria
Kafeteria Sihat, menjaga kebersihan di premis mereka dan melaksanakan aktiviti
kawalan haiwan perosak di kawasan kantin dan kafeteria.

“Pihak pengusaha kantin atau kafeteria wajib hidang
makan yang sihat, selamat dan ada nutrisi serta tidak dibenarkan menjual
minuman ringan atau snek seperti nugget atau burger,”katanya.

Beliau berkata sekiranya gagal mematuhi syarat dan peraturan
ditetapkan mengikut Akta Makanan 1983, kantin atau kafetaria boleh diarahkan
ditutup, disenaraihitamkan atau kontrak pengendalian makanan dibatalkan
serta-merta.- Bernama  

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel