Connect with us

Berita Lain

KES BUNUH SUB INSPEKTOR, DUA LAGI SUSPEK BERJAYA DITAHAN REMAN


DUA lagi suspek ditahan, malam tadi bagi membantu siasatan
berhubung kes pembunuhan Sub Inspektor Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A)
Bukit Aman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Senior Asisten
Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kedua-dua lelaki berusia 35 dan
39 tahun itu ditahan berasingan di Changlun dan Bukit Kayu Hitam pada 8 dan 10
malam tadi.
“Suspek sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra untuk
mendapatkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 28 Ogos.
“Penahanan mereka dilakukan untuk membantu siasatan bagi kes
pembunuhan itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Menurut laporan harian metro, sehingga kini, tujuh lelaki sudah ditahan polis untuk
membantu siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail,
54, ditembak dengan empat das tembakan dari belakang oleh penyerang yang
memanjat tembok kediaman lelaki yang dikunjunginya di Taman Hosba, Changlun.
Serangan terbabit menyebabkan mangsa yang sedang berbual
dengan lelaki berusia 35 tahun itu terbunuh di tempat kejadian.
Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian menemui lima
kelongsong peluru dan tiga anak peluru di tempat kejadian.
Selepas kejadian itu, tiga lelaki berusia berusia 30, 35 dan
36 tahun ditahan pada hari kejadian dan Sabtu bagi membantu siasatan sebelum
dua lagi lelaki berusia 27 dan 30 ditahan kelmarin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel