Connect with us

Berita Lain

KES KUCING RM10,000 MATI, TIADA NIAT AIBKAN SESIAPA…


“SAYA tiada niat mengaibkan sesiapa, tetapi sikap lepas
tangan, dolak dalih dan mengherdik kami sambil menuding jari menyebabkan saya
hilang pertimbangan.
“Kami kepenatan dan masih sedih dengan kematian Lily
(kucing baka British Short Hair) namun lelaki itu bukan saja melenting apabila
diminta berbincang mengenai ganti rugi, malah memalukan kami,” kata
Bistari Mansor, 34, wanita yang dua videonya menangis dan marah di kedai haiwan
di Tampoi, Johor, tular sejak Ahad lalu.
Menurut laporan Harian Metro, dua video dengan video pertama berdurasi 2:47 saat
memaparkan bangkai Lily berlatar belakangkan tangisan Bistari, manakala video
kedua berdurasi 7:35 saat pula memaparkan Bistari mula berang apabila
kakitangan premis itu enggan memberikan sebarang jawapan, manakala pemiliknya
dipercayai keluar ke tempat lain tular di Facebook (FB) hingga dikongsi lebih
500 pengguna.
Bistari berkata, kejadian berlaku Ahad lalu selepas menerima
panggilan kakitangan kedai haiwan itu memaklumkan Lily sudah mati.
Katanya, sebaik tiba dia dan suami sebak melihat Lily
terbaring dan tidak dapat menahan emosi dengan menangis di kedai berkenaan.
“Kami reda kehilangan Lily, namun apabila diminta
berbincang mengenai ganti rugi pemilik kedai mula berdolak dalih.
“Sebelum ini, memang kami teringin membela kucing baka
import dan lelaki berkenaan memberitahu ia sebagai pelaburan kerana
anak-anaknya boleh dijual sehingga RM10,000 seekor menyebabkan kami sanggup
membeli Lily dengan harga RM10,000.
“Banyak lagi janji lisan diberikan termasuk kucing
sakit atau mati akan diberi ganti rugi tetapi mestilah berlaku di
kedainya,” katanya.
Menurutnya, malangnya ketika berbincang pada hari kejadian
lelaki berkenaan mula berdolak dalih dan enggan memberikan ganti rugi sebelum
mengherdik memalukan mereka dan keluar dari kedainya.

Katanya, dia tiada niat untuk merakam kejadian itu hinggalah
diperlakukan sedemikian rupa dan berharap pihak berkuasa akan menjalankan
siasatan terperinci bagi mengelak kejadian sama berulang.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel