Connect with us

Berita Lain

KITA SEMUA SAUDARA, SALAM SEJAHTERA…CINTA DAMAI, INDONESIA-MALAYSIA’


RENTETAN isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik di
dalam buku cenderamata Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), ada pihak cuba
mengambil kesempatan mengapi-apikan hubungan serumpun Malaysia dan Indonesia.
Lihat sahaja di media sosial, ‘keyboard warrior’ mula muncul
dengan pelbagai provokasi ‘didendangkan’.
Bukan setakat mencemuh, malah mereka sanggup menjatuhkan
maruah negara lain.
Bagaimanapun, perkara itu tidak sedikit pun meruntuhkan
tembok persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia.
Masih ramai dalam kalangan rakyat kedua-dua negara serumpun
itu mengambil pendekatan berlapang dada dan berfikiran terbuka.
Malah, Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta rakyatnya
supaya tidak memperbesarkan isu kesalahan mencetak bendera republik itu pada
buku panduan KL2017.
“kita semua saudara,” tulis Ismail Jr yang
bersetuju dengan saranan itu.
Katanya, seindah persahabatan dan persaudaraan, jangan ada
dusta dan bermusuh.
“Kita semua saudara, salam sejahtera…cinta damai,
Indonesia-Malaysia,” ujarnya di Facebook, disertakan dengan kapsyen gambar
menunjukkan tentera kedua-dua negara penuh semangat persaudaraan di sempadan
Indonesia-Malaysia.
Ismali Mohd pula mengatakan, kedua-duanya negara Islam perlu
bersama menjaga keamanan tanah bumi masing-masing.
Katanya, jangan hancurkan tanah sendiri dengan kebencian,
sehingga terbuka peluang kepada musuh-musuh yang sedang mengintai.
“Jom main sukan lagi baik,” tulisnya.
Sementara itu, Mohammad Hafiz Ahmad berpendapat, sukan
sepatutnya menyatukan, bukan sebaliknya.
“Sukan menyatukan kita semua, saling hormat-menghormati
jangan berterusan menyinggung perasaan sesama kita,” katanya.
Norhafiza Ismail pula berharap semua ‘kawan-kawan
Malaysia-Indonesia’ terus menjadi sahabat baik.
“Ayuh kita leraikan segera persengketaan ini, kita
serumpun, terus maju jaya buat kedua buah negara,” katanya.
Terdahulu, mengulas isu itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia.
Beliau berkata, kesilapan itu tidak disengajakan. 




Sumber: Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel