Connect with us

Berita Lain

‘LEBIH 72 PERATUS MELAYU TERUJA HENDAK MENGUNDI’


SHAH ALAM – Dapatan kajian yang dijalankan oleh Institut
Darul Ehsan mengenai mood rakyat menjelang PRU14 mendapati kaum Melayu paling
teruja untuk mengundi dalam PRU berkenaan.
Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan
Othman berkata, berdasarkan dapatan kajian pihaknya mendapati sebanyak 72
peratus kaum Melayu teruja untuk mengundi dalam PRU14.
“Sementara itu kaum Cina paling tidak teruja untuk
mengundi, tetapi tak pasti mereka hendak mengundi parti mana,” katanya
dalam perbahasan di Forum Survei Malaysia 2017, yang diadakan di IDE, di sini
hari ini.
Sementara itu, katanya lagi, kaum India berada di kedudukan
kedua dengan 70 peratus teruja untuk mengundi pada PRU14 ini.
Dalam pada itu, Redzuan ketika mengulas mengenai keadaan
semasa kini, jelasnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan
mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.
Jelasnya ini, berdasarkan mood baik yang dialami Malaysia
kini iaitu, semangat membara Sukan SEA yang kini menunjukkan prestasi nagara
yang sangat memberangsangkan serta perpecahan dalam kalangan  pembangkang.
“Bila Najib akan panggil PRU? Ada dua keadaan. Pertama
apabila mood semangat Sukan SEA lebih-lebih lagi apabila perlawanan akhir bola
sepak Malaysia lawan Thailand nanti.

“Kedua pula ketika pembangkang berpecah dan bertelagah.
Kalau ada dua gabungan ini, ia waktu terbaik untuk panggil PRU. Tak perlu
tunggu tahun depan,” ujar beliau lagi. – Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel