Connect with us

Berita Lain

MAUT KERETA TERJUN GAUNG, HANYA DITEMUI SELEPAS TIGA HARI


DUA lelaki ditemui mati, hari ini, selepas kereta dinaiki
dipercayai terjunam ke dalam gaung di Kilometer 27 Jalan Raya Timur Barat
(JRTB) Gerik – Kupang, Gerik sejak Jumaat lalu.
Mayat Arif Akmal Kamaruzzman, 20, dan An Pon Ai Pon, 26,
dikeluarkan dari gaung pada 3.30 dan 5.20 petang hari ini selepas ditemui orang
awam dan waris yang mencari mangsa susulan kedua-duanya gagal dihubungi sejak
empat hari lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa
berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada Jumaat lalu kira-kira 11 malam
berdasarkan laporan dibuat keluarga mangsa di Sik, Kedah mengenai kehilangan
dua rakan terbabit.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Wira
dinaiki mangsa yang berasal dari Kedah itu dipandu dari arah Gerik ke Kupang,
Kedah dan apabila sampai di tempat kejadian kenderaan dipercayai terbabas ke
kawasan berumput di kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 100
meter.
“Akibat dari kemalangan itu, Arif Akmal yang memandu
kereta tercampak 50 meter dan An Pon tercampak 25 meter dari kenderaan,”
katanya ketika dihubungi hari ini.
Ismail berkata, bomba yang dimaklumkan mengenai penemuan itu
mengeluarkan mayat An Pon pada 3.30 petang dan Arif Akmal pada 5.20 petang.

“Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian dan
mayat dihantar ke Hospital untuk bedah siasat,” katanya.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel