Connect with us

Berita Lain

PEMANDU LORI MAUT AKIBAT TERHIDU GAS BERACUN


SEREMBAN: Seorang pemandu lori tangki membawa muatan asid
maut selepas kenderaan itu terbalik ketika mengelak sebuah kereta terbabas di
Kilometer 251.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, awal pagi tadi.
Menurut laporan BH Online, dalam kejadian jam 3.22 pagi di susur masuk Plaza Tol
Senawang itu, Surazru Mohamed Sakeri, 37, maut di tempat kejadian dipercayai
akibat kecederaan dalaman.
Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat, tidak menolak
kemungkinan mangsa maut akibat terhidu gas beracun berikutan tumpahan asid dari
lori tangki dipandunya.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang,
Pegawai Bomba Kanan II Zainurin Sharif, berkata empat jentera dengan 20 anggota
serta pegawai, termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dihantar ke
lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita segera mengeluarkan pemandu lori
yang membawa 25,000 liter asid itu dan mendapati dia sudah meninggal dunia.

“Dua wanita berusia 30-an, iaitu pemandu dan penumpang
kereta yang terbabas itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini
kerana mengadu pening, berkemungkinan akibat terhidu asid,” katanya.
Beliau berkata, mayat pemandu lori terbabit dihantar ke HTJ
untuk bedah siasat.
Setakat jam 8 pagi tadi, katanya, pasukan HAZMAT masih
membuat kerja pembersihan tumpahan asid di kawasan itu bagi mengelakkan
kejadian tidak diingini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel