Connect with us

Berita Lain

PENARIK KERETA DITUDUH ROMPAK, ROGOL 2 GURU TASKA


Ampang: Dua rakan didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan,
di sini semalam atas pertuduhan melakukan rompak bersenjata, rogol dan
persetubuhan luar tabii terhadap dua guru taska, bulan lalu.
Erza Iwan Ni @ Nirman, 34, dan Aza Nizam Abd Razak, 40,
masing-masing bekerja sebagai penarik kereta mengaku tidak bersalah atas semua
pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Hakim Syafeera Mohd
Said.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan rompakan
berkumpulan terhadap dua mangsa berusia 20 tahun sembilan bulan dan 18 tahun
sembilan bulan dengan menggunakan senjata iaitu sebilah pisau dan merampas
harta dalam kawalan iaitu telefon bimbit, sebuah televisyen, bateri telefon
bimbit dan wang tunai RM300 yang semuanya berjumlah RM1,320, lapor Harian Metro.
Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik tidur di tingkat satu
sebuah taska di Pandan Indah, di sini, pada 4.30 pagi, 14 Julai lalu.
Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 395/397 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan
sebatan, jika sabit kesalahan.
Selain itu, mereka turut didakwa merogol kedua-dua mangsa di
tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan
sebatan, jika sabit kesalahan.

Erza Iwan turut didakwa atas satu lagi pertuduhan
menggunakan kekerasan jenayah dengan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap
mangsa yang berusia 20 tahun sembilan bulan tanpa kerelaannya di tempat, waktu
dan tarikh sama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat, jika sabit
kesalahan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel