Connect with us

Berita Lain

PENAT, TIDAK CUKUP TIDUR PUNCA GAGAL KAWAL MARAH, PEMANDU MYVI MOHON MAAF


KECOH di media sosial gara-gara seorang pemandu Perodua Myvi
yang bersikap seperti samseng jalanan apabila cuba menghalang dan melakukan
provokasi terhadap pemandu lain.
Video itu dipercayai dirakam dashcam kereta mangsa pada 5
Ogos lalu, sebelum tular, kelmarin.
Menurut laporan Sinar Online lagi, rakaman video itu menunjukkan kejadian berlaku kira-kira jam
1.20 petang di sekitar Subang Jaya, Selangor.
Rakaman juga menunjukkan pemandu Myvi yang berada di lorong
kanan, cuba memotong barisan ke lorong paling kiri gara-gara hendak mengelak
kesesakan lalu-lintas.
Selepas dihon, pemandu Myvi terus mengekori kereta mangsa.
Enggan terlibat pertelingkahan, pemandu itu cuba ubah
haluan.
Keadaan tidak terhenti di situ, apabila Myvi itu dipandu
secara berbahaya, memotong dan berhenti di hadapan kereta mangsa.
Pemandu Myvi itu terus membuat provokasi dengan mengundur
kenderaannya lima kali sebelum muncul seorang lelaki, memarahinya.
Mereka kemudiannya beredar ke arah laluan berbeza.
Video berdurasi empat minit itu mendapat tontonan lebih satu
juta netizen, rata-rata tidak berpuas hati dengan kebiadaban pemandu Myvi.
Tidak kurang juga cuba menyalahkan pemilik Perodua Myvi yang
lain.
Ada juga mencadangkan agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
mewajibkan penggunaan dashcam bagi mengurangi kes samseng jalanan.
Selepas video tular, dikatakan pemandu Myvi terbabit
menghubungi mangsa untuk meminta maaf.

Pemandu Myvi itu mengaku kepenatan dan tidak cukup tidur
punca dia gagal kawal kemarahan selain tidak berniat mengganggu  mangsa.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel