Connect with us

Berita Lain

PENGSAN 2 KALI AKIBAT DIBELASAH RAMAI-RAMAI…


DUA pelajar kolej vokasional di Kuala Nerus cedera selepas
mendakwa diserang kira-kira 20 pelajar lain dalam kejadian di sekolah berkenaan
pada awal pagi hari ini.
Berikutan itu, seorang daripada pelajar semester satu
Jurusan Teknologi Elektronik, Ahmad Zikrill Azim, 16, yang juga atlet boling
Terengganu lebam pada badan dan dua kali pengsan manakala rakannya, Wan Ahmad
Faris Zakaria, 16, cedera di kaki dan calar di badan.
Menurut laporan Harian Metro, Ahmad ZikrilI terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital
Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila pengsan ketika disoal siasat polis
berkaitan kejadian itu selepas keluarganya membuat laporan polis di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 3.30 petang tadi.
Dalam kejadian di asrama sekolah berkenaan kira-kira 1.30
pagi itu, Ahmad Zikrill yang sedang tidur tiba-tiba diselubung dengan selimut
oleh kumpulan pelajar dipercayai senior sekolahnya sebelum dibelasah.
Mangsa hanya mampu meraung kesakitan dan pelajar lain yang
melihat kejadian itu diarahkan supaya berdiam diri serta tidak campur tangan.
Kumpulan itu kemudiannya bertindak memukul Wan Ahmad Faris
yang selepas pelajar berkenaan terjaga dari tidur berikutan bunyi bising.
Dua sahabat itu mendakwa bukan saja ditumbuk dan ditendang
beramai-ramai dalam keadaan muka ditutup dengan selimut malah turut dihempap.
Wan Ahmad Faris ketika ditemui di HSNZ berkata, kejadian
dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila pelajar senior
terbabit mendakwa kedua-dua mangsa tidak mengikut kehendak mereka.
“Pada mulanya mereka hanya membelasah Ahmad Zikrill
tetapi selepas terdengar bunyi bising, saya terus terjaga daripada tidur dan
sebaik bangun didapati mereka sedang menutup muka Ahmad Zikril menggunakan
selimut dan membelasahnya sehingga dia tidak bermaya.
“Apabila menyedari saya sudah terjaga, mereka turut
membelasah saya hingga menyebabkan saya muntah dan tidak mampu untuk berdiri
selain kecederaan di kaki serta belakang badan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten
Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima
laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, kesemua yang terbabit dalam kejadin itu sudah
dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana
merusuh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel