Connect with us

Berita Lain

PENJUAL DAGING MATI DITETAK KETIKA BARU MULA BERNIAGA


JOHOR BAHRU – Seorang penjual daging maut dipercayai ditetak
dengan parang oleh seorang lelaki ketika sedang memotong daging di kedainya di
kawasan perniagaan Felda Chemplak, Labis, dekat Segamat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt. Raub Selamat berkata
mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Radzi Jamaludin, 40, disahkan meninggal
dunia di Klinik Kesihatan Labis semasa menerima rawatan.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis berjaya menahan
suspek yang berusia 45 tahun di sebuah rumah di Jalan Bahagia, Felda sama.
Kejadian kira-kira 7.30 pagi tadi itu berlaku suspek yang
menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kris ke kedai mangsa, tiba-tiba menuju
ke arah belakang mangsa sambil membawa parang panjang berukuran kira-kira 95 cm
dan bertindak menetak leher kiri mangsa.
“Mangsa cuba menahan tetakan terbabit dengan menggunakan
tangan kirinya sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya.
Adik ipar, penduduk kampung serta pekerja mangsa kemudiannya
membawanya ke Klinik Kesihatan sebelum disahkan meninggalkan dunia. Raub
berkata mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat.
Selain parang panjang berhulu kelabu yang dipercayai
digunakan untuk menetak mangsa, sebuah kereta dan motosikal milik suspek turut
dirampas, kata beliau.
Bagaimanapun motif kejadian masih disiasat. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel