Connect with us

Berita Lain

PEROKOK MUDA HISAP LIMA BATANG ROKOK SEHARI, KINI HIDAP KANSER MULUT


KUALA LUMPUR: Muhammad Faid mula merokok ketika berusia 17
tahun dan menghisap lima batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya.


Dia baharu sahaja berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit
muda yang disahkan menghidap kanser mulut.

Dia kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala
Lumpur (HKL). 
Walaupun punca kanser itu tidak diketahui, doktor berkata
kebanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok, lapor mstar online.

Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan
pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya dia mengalami masalah
ulser di lidah kirinya.
Namun dia tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu
menyakitkan.

Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata
luka yang muncul awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.

Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah
kanser.

Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid
mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. 
Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada
Mei ia sudah di Tahap III.

Susulan itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah
Muhammad Faid pada 17 Mei lalu. 
Doktor telah membina semula lidahnya dengan lebihan kulit
pahanya dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit.

Dia masih tidak boleh makan tetapi hanya menerima makanan
menerusi tiub manakala lubang telah ditebuk di trakea bagi membolehkannya
bernafas.

Seorang lagi pesakit yang enggan namanya didedahkan berkata
dia mula-mula menemui satu benjolan kecil di pipinya pada Mac lalu.

“Ia seperti jerawat kecil tetapi pada Mei ia menjadi
semakin besar di pipi kanan. Ia membesar amat cepat,” kata suri rumah
berusia 60 tahun dari Johor yang disahkan menghidap kanser mulut Tahap IV.

Wanita itu berkata dia tidak menyedari perbuatan mengunyah
sirih dan pinang berupaya meningkatkan risiko kanser.

“Saya mengunyah sirih dan pinang setiap hari sejak
berusia 13 tahun. Ibu saya yang berusia 83 tahun turut mengunyah makanan itu
sepanjang hidupnya tetapi dia sihat.

“Saya menasihati ibu dan kakak sulung saya untuk
berhenti mengunyah makanan itu. Tiada siapa patut menerima penyakit seperti
ini,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel