Connect with us

Berita Lain

PM PUAS HATI RAPTAI HARI KEBANGSAAN 2017


KUALA LUMPUR 29 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak
menyifatkan Hari Kebangsaan 2017 yang akan berlangsung Khamis ini sebagai
sambutan yang unik, istimewa dan bersejarah kerana Malaysia berjaya menyusuri
perjalanan 60 tahun dengan baik selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perdana Menteri berkata, susulan kejayaan dicapai negara,
rakyat seharusnya menghargai jasa dan pengorbanan pemim­pin terdahulu serta
individu yang terlibat dalam perjuangan untuk memerdekakan negara.
Menurutnya, usaha penganjur Hari Kebangsaan 2017
mengadaptasi pencapaian serta perjuangan yang dilakukan generasi terdahulu ke
dalam persembahan pada Khamis ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan kali ini,
malah membuatkan tarikh tersebut tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat.
“Apabila pencapaian itu dijadikan persembahan, kita akan
dapat merasai apa yang diusahakan generasi sebelum ini merupakan perkara yang
sangat cemerlang,” katanya ketika berucap dalam raptai penuh sambutan Hari
Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Raptai hari ketiga bermula pukul 7 sehingga 11 pagi itu
menggabungkan beberapa elemen persembahan, antaranya senario peperangan untuk
memerdekakan Tanah Melayu, tarian, perarakan enam kontinjen serta pancaragam
berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Dalam ucapannya, Najib turut menyeru rakyat supaya menye­mai
semangat bahawa mereka adalah generasi penyambung, penerus serta generasi
Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Ingat kata-kata, perjalanan diteruskan, perjalanan kita
perlu diteruskan, perjalanan kita akan diteruskan sehingga Malaysia capai
kejayaan,” tegasnya.
Terdahulu, dalam raptai penuh itu, Najib turut melaungkan
perkataan Merdeka! sebanyak tujuh kali.
Dalam pada itu, Perdana Men­teri turut menzahirkan rasa puas
hati selepas menyaksikan raptai penuh persembahan Hari Kebangsaan 2017 yang
disertai 18,000 orang yang mana setiap segmen mengandungi mesej tentang
kemerdekaan negara.
“Saya berpuas hati dengan persembahan kali ini dan tayangan
video sebentar tadi yang menunjukkan kesusahan kita pada peringkat awal
mencapai kemerdekaan. Oleh itu, kita akan tunjukkan persembahan yang tidak
boleh dilupakan rakyat Malaysia,” ujar beliau. – Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel