Connect with us

Berita Lain

“SAYANG KAU BIARPUN TUJUH KAKI BAWAH” RINTIHAN SEORANG ISTERI YANG TERLALU SAYANG ARWAH SUAMINYA


PETALING JAYA: Walaupun lebih empat bulan pemergian suami,
namun perasaan rindu terus mencengkam jiwa wanita ini.

Benar jodoh, ajal dan maut itu semuanya di tangan Tuhan,
tetapi kerinduan yang terus menebal membuatkan wanita ini tidak pernah jemu
menziarahi kubur arwah suaminya.

“Puas hati aku hari ni dua kali aku dating kat kubur. Punya
panas cuaca hari ni, tapi aku tak peduli. Kalau boleh, aku bentang tikar pacak
khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup.

“Dulu aku ada jasad yang aku boleh peluk cium, ada jasad
yang aku boleh tenung setiap hari. Sekarang aku cuma mampu tenung gambar dan
tanah kubur kau je abang,” demikian luahan Fatin Nur Affira Yusof di laman
sosial Facebook pada awal pagi Isnin sambil memuat naik gambar dan video semasa
menziarah kubur suami, Allahyarham Kapten Sazali Sakiran.



Menerusi video berdurasi 32 saat itu, Fatin menyampaikan
mesej kepada teman-temannya dalam keadaan bergenang air mata.

Walaupun cuba mengukir senyuman dan berbicara dalam keadaan
ceria, namun rasa kesedihan masih tidak dapat disembunyikan wanita ini.

Bagi Fatin, berpeluang mencium batu nisan di kubur arwah
suaminya sudah cukup membahagiakan dan memberi ketenangan kepada dirinya.

“Dapat peluk cium batu nisan kau pun aku dah cukup seronok
bahagia tau. Haih lah abang. Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat
kau biarpun kau tujuh kaki kat bawah dah,” katanya.

Dalam kesempatan itu, Fatin turut bergambar swafoto di kubur
di samping memberi penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Siapa kata suami dah tak ada aku tak boleh ajak selfie
(swafoto)? Kau ada laki pun kadang laki kau tak nak selfie dengan kau. Lagi
untung jadi aku, laki aku tak refused (tolak) aku ajak selfie. Hahahaha!”.

Rata-rata netizen turut berkongsi rasa sayu di samping
memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut supaya terus tabah dan
mendoakan arwah suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Siapa kita sebagai manusia mahu melawan takdir, tetapi bukan
bermakna sebagai isteri, Fatin perlu mematikan perasaannya selepas pemergian
insan tercinta.

“Kepada sang suami, aku sayang kau. Tak pernah berkurang
walau seinci. Rindu ni tak pernah berkurang walau sesaat. Jenguk-jenguklah bini
kau ni dalam mimpi ye,” katanya.


Sumber: mstar online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel