Connect with us

Berita Lain

‘SHISHA STICK’ CERITA LAMA


BEBERAPA keping gambar mengenai kewujudan aktiviti menjual
‘shisha stick’ di sekolah tersebar di laman sosial bukan kejadian baru
sebaliknya ia kandungan lama ditularkan semula.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, siasatan mendapati perkara itu
tular di laman sosial pada 2015.
“Walaupun ia kejadian lama tapi sebagai satu bentuk
peringatan kepada Jabatan Pendidikan dan ibu bapa supaya lebih berjaga-jaga.
“Gambar sekolah itu pula dipercayai berlaku di pantai
timur,” katanya ketika mengulas ‘shisha stick’ seperti rokok dipercayai
mengandungi ganja disebarkan di media sosial.
Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk
melarang penjualannya di sekolah.

“Namun pengurusan sekolah boleh bekerjasama dengan
polis sekiranya ia menyalahi peraturan serta merampasnya,” katanya pada
sidang media sempena Majlis Penyampaian Peruntukan Kepada PEMADAM dan NGO Johor
di Kota Iskandar hari ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel