Connect with us

Berita Lain

SUKARELAWAN SELAMATKAN NYAWA BAYI TERTIMBUS RUNTUHAN DITEMBAK MATI


SEORANG sukarelawan berusia 22 tahun yang menyelamatkan
nyawa seorang bayi dalam satu letupan pada tahun lalu, ditembak mati di Syria.

Abu Kifah menjadi tajuk utama berita pada Oktober lalu
selepas menyelamatkan Wahida Ma’artouk yang berusia hampir setahun tertimbus
dalam runtuhan di kediamannya, lapor mstar online.

Berita kematian Abu Kifah disahkan rakan rapatnya, Matiah
Jallal.

Matiah berkata Abu merupakan antara salah seorang daripada
tujuh sukarelawan yang ditembak mati hari ini.

Jurucakap kumpulan sukarelawan The White Helmets berkata Abu
ditembak mati seorang lelaki bersenjata tidak dikenali yang menyerang sebuah
pejabat di Sarmin, awal pagi Ahad.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini.
Seluruh bandar ini meratapi pemergian Abu Kifah dan juga rakan-rakannya,”
kata Matiah.
Abu bergelar seorang bapa pada awal tahun ini.

Difahamkan isterinya masih lagi terkejut dengan berita
kematian Abu.

Mayat tujuh lelaki yang maut dalam serangan itu akan
dikebumikan di Sarmin petang Ahad.

“Pusat pertahanan awam di Sarmin menjadi sasaran
kumpulan bersenjata yang tidak dikenali. Dua bas mini, beberapa helmet putih
dan walkie-talkie turut dilarikan,” katanya jurucakap kumpulan sukarelawan
itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel