Connect with us

Berita Lain

“TAK SANGKA INI YANG JADI SEBAB ISU BOGEL”


PETALING JAYA: Seorang wanita yang tular susulan
kenyataannya di Twitter yang sedia berbogel sama sekali tidak menyangka akan
berdepan impak cukup besar buat dirinya.

Walaupun mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf
tetapi timbul dakwaan pihak tertentu bahawa dia telah digantung tugas malah ada
yang mendakwa dia dibuang kerja daripada sebuah stesen televisyen.

“Tak sangka ini yang jadi sebab isu bogel. Saya tidak
digantung atau dibuang kerja. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk
bekerja.

“Mereka (syarikat) memahami kesilapan yang berlaku.
Saya amat berterima kasih kerana terus diberi peluang dan kepercayaan,”
kata Nurul Adilla Abd Rahim kepada mStar Online.

Insiden itu juga memberi pengajaran kepada penolong penerbit
yang lebih dikenali sebagai Lala tentang erti persahabatan.

“Sekarang saya baru tahu siapa kawan, siapa lawan. Di
saat saya dihimpit dengan dugaan, orang yang selama ini baik dengan saya tidak
membantu, malah turut mengecam,” katanya dengan nada terkilan.

Anak sulung daripada tiga beradik ini turut tidak menyangka
masih ada yang prihatin terhadap dirinya, dan paling bersyukur apabila mendapat
sokongan keluarga.

Biarpun dikecam hebat, ramai yang memberi nasihat dan
motivasi supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dan lebih berhati-hati selepas
ini terutama di laman sosial.

“Ada kawan yang dah lama tak berjumpa pun hubungi saya
dan beri kata-kata semangat. Mereka kenal diri saya yang sebenar,” katanya.

Mengakui serangan buli siber merupakan sesuatu yang
menakutkan, Lala bangkit semula daripada kesilapan lalu dan menjalani kehidupan
seperti biasa.

“Saya akui kesilapan yang dibuat secara tidak sengaja.
Semua orang pernah melakukan kesilapan dan diberi peluang kedua.

“Alhamdulillah, sekarang dah kembali reda cuma saya perlu
memperjelaskan tentang dakwaan membabitkan kerjaya saya,” katanya.

Pada minggu lalu, Lala yang baru berusia 23 tahun menjadi
perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular
di media sosial.

“Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang
memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur
(KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei
12-4.

Lala telah membuat permohonan maaf berhubung kesilapan itu
dan menjelaskan bahawa ia dibuat secara bergurau tanpa berniat untuk
melakukannya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel