Connect with us

Berita Lain

TEPUNG RANGGUP DIBUNGKUS KERTAS KAPUR SILING, KKM ARAH KILANG TARIK BALIK


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengarahkan sebuah
kilang di sini supaya menarik balik semua tepung rangup yang dibungkus dengan
kertas pembungkus kapur siling daripada pasaran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
berkata hasil siasatan mendapati kilang berkenaan telah tersilap menggunakan
kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup tersebut.
“Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu yang tular di
media sosial berhubung dakwaan sebuah premis menjual pisang goreng di Puchong,
Selangor, dicampur dengan kapur siling bagi merangupkan makanan tersebut.
“Berhubung perkara ini, Kementerian Kesihatan melalui
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan siasatan terhadap
premis menjual pisang goreng tersebut dan mendapati pihak kilang telah tersilap
menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup
berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa kementerian sentiasa peka dan
prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
Dr Noor Hisham berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga
telah mengambil tindakan ke atas premis tersebut kerana beroperasi tanpa lesen.
Sebelum ini, gambar sebuah premis menjual pisang goreng
tular di media sosial dengan  dakwaan
peniaga berkenaan menggunakan tepung bercampur kapur siling untuk
merangupkan  makanan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai kemusykilan berhubung isu
keselamatan makanan diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan
Kesihatan Negeri terdekat selain melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my
atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
http://www.facebook.com/bkkmhq. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel