Connect with us

Berita Lain

TERGAMAK BUNUH ANAK SETELAH TIDURNYA TERGANGGU


Seorang bapa tergamak membunuh anak perempuannya yang masih
bayi hanya kerana tidurnya terganggu oleh tangisan bayi itu.
Kejadian yang berlaku pada selasa lalu di Jakarta Utara,
Indonesia melibatkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Faisal Amir, 27 yang
membunuh bayi perempuannya dengan menekup wajahnya menggunakan bantal bagi
menghentikan tangisannya.
Menurut laporan Tribunnews, Faisal memukul anaknya
menggunakan botol bedak pada awalnya tetapi bayi itu tetap tidak berhenti
menangis.
Oleh kerana tidurnya terganggu, dia mengambil keputusan
untuk melakukan tindakan melulu itu.
“Bising (tangisan) dia. Ketika itu saya mahu tidur, bayi
menangis tidak henti. Saya marah, saya pukul kakinya dengan botol bedak, tetapi
dia masih menangis,” kata suspek dipetik Malaysian Digest.
Ketika kejadian, ibu mangsa yang bekerja sebagai akauntan
tiada di rumah.
Menurut Faisal, setelah menekap wajah anaknya dengan bantal,
dia menyambung tidurnya yang terganggu selama tiga jam dan hanya bangun sekitar
pukul lima petang sebelum menyedari anaknya telah tiada.
Tambahnya lagi, dia cuba untuk memberikan bantuan penafasan
ketika menyedari bayi berusia tiga bulan itu tidak sedarkan diri.
“Dia sudah tidak bernyawa. Saya pun pasrah. Jujurnya
saya salah melakukan perbuatan itu.
“Saya menyesal membunuh bayi saya kerana dia pada masa
itu memang bising,” kata Faisal.
Ketua Polis daerah Jakarta Uatara, Kombes Pol Dwiyono
mengesahkan kejadian berkenaan dan memberi kenyataan bahawa suspek dipercayai
memiliki tekanan hidup kerana sudah lama menganggur.
Kes tersebut sedang disiasat dan suspek berhadapan hukuman
penjara jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Tribunnews

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel