Connect with us

Berita Lain

TIDAK SANGKA ANAK JADI MANGSA CABUL ‘USTAZ’



KUALA TERENGGANU – Seorang murid tahun enam mendakwa menjadi
mangsa cabul seorang ‘ustaz’ di sekolahnya dan kejadian itu dikatakan berlaku
sejak Februari lalu.

Perkara itu terbongkar setelah ibu mangsa diberitahu rakan
anaknya itu selepas berkunjung ke rumahnya di daerah ini.
Menurut sumber, ibu mangsa diberitahu rakan anaknya bahawa
mangsa diraba di bahagian dada, punggung, kemaluan selain turut dicium oleh
lelaki berusia 59 tahun itu.
“Rakan mangsa juga memberitahu bahawa ustaz berkenaan ada
memasukkan tangannya di dalam kain mangsa dan telah memegang kemaluannya serta
menyuruh mangsa memegang kemaluannya.
“Wanita itu kemudiannya bertanya kepada anaknya dan mangsa
memberitahu betul. Mangsa merupakan seorang yang bermasalah dalam
pembelajaran,” katanya.
Ibu mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai
Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mengesyaki anaknya itu menjadi mangsa
cabul dan membawanya menjalankan pemeriksaan di hospital, lapor sinar harian lagi.
Bertindak daripada laporan itu, pihak polis menahan seorang
lelaki di kediamannya di sebuah kampung di sini (Gong Tok Nasek), jam 2 petang,
kelmarin dan suspek direman untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten
Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan
kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel