Connect with us

Berita Lain

TUDUHAN TERLALU BANYAK, MAHKAMAH TERPAKSA TANGGUH KERANA TAK CUKUP MASA TELITI 599 TUDUHAN LIWAT


KUALA LUMPUR: Seorang ejen unit amanah mengaku tidak bersalah
di atas 150 tuduhan meliwat anak perempuannya dan Mahkamah Sesyen terpaksa
menangguhkan kes itu kepada Khamis kerana suspek memiliki sejumlah 599 salah
laku seksual terhadap mangsa sejak dia berusia 13 tahun.

Selain tuduhan meliwat, duda yang berusia 36 tahun itu juga
didakwa merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun itu dan 30 tuduhan melakukan
serangan seksual tanpa persetubuhan, lapor mstar online.

Agen unit amanah tersebut juga mengaku tidak bersalah
terhadap tuduhan tersebut selepas dibacakan kepadanya pada Rabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali yang merupakan
hakim di mahkamah khusus untuk perbicaraan jenayah seksual terhadap
kanak-kanak, terpaksa menangguhkan perbicaraan itu kerana masa tidak mencukupi
untuk membaca baki tuduhan meliwat kepada suspek.

Sebanyak 150 pertuduhan liwat itu yang disiasat di bawah
Seksyen 377C Kanun Keseksaan didakwa dilakukan sebanyak tiga kali sehari dalam
bilik utama sebuah pangsapuri di Sungai Way, Petaling Jaya dari Januari hingga
Mac tahun ini.

Suspek yang juga mempunyai dua lagi anak perempuan turut
mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan merogol yang disiasat di bawah Seksyen
376A Kanun Keseksaan.

Manakala bagi 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa
persetubuhan itu pula disiasat di bawah Seksyen 14 Jenayah Seksual Terhadap
Kanak-kanak 2017.

Suspek yang tidak diwakili peguam tiba di mahkamah pada
pukul 8.45 pagi dan dibawa masuk pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, semua pertuduhan dibaca dihadapan suspek pada
pukul 2.50 petang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel