Connect with us

Berita Lain

TULAR ‘MESEJ MINTA SEKS’ LELAKI BERSONGKOK TAMPIL BERI PENJELASAN


PETALING JAYA: Lelaki bersongkok yang gambar dan mesej
perbualannya ‘minta seks’ daripada seorang wanita yang menghubunginya untuk
mencari kerja tampil memberi penjelasan kisah sebenar di sebalik kejadian yang
tular di media sosial.

Hanya mahu dikenali sebagai Zul, dia mengaku bahawa gambar
lelaki memakai songkok itu adalah dirinya, malahan mesej-mesej seks yang
ditulis kepada wanita berkenaan juga adalah daripadanya, lapor mstar online.

Zul bagaimanapun mendakwa apa yang dilakukannya hanyalah
satu taktik untuk menguji sikap calon pekerja yang mahu bekerja di syarikatnya
sebelum dipanggil untuk sesi temuduga sebenar.


Lelaki berusia 54 tahun dan menetap di Melaka itu berkata,
dia telah meminta maaf kepada wanita yang tidak dikenalinya itu selepas berbual
tentang seks, tetapi paparan skrin permohonan maaf itu tidak disebarkan oleh
wanita berkenaan di media sosial.

“Apa nak buat, memang silap saya, cara saya agak kasar dan
tak sopan, tapi saya sebenarnya bukan jenis suka cakap-cakap lucah macam tu.

“Niat hati nak ‘temuduga’ bermain kata-kata, tak sangka pula
saya sendiri yang terkena bila dia viralkan gambar dan perbualan kami berdua,”
katanya kepada mStar Online.

Berdasarkan posting tular tersebut, wanita berkenaan dilihat
menghubungi Zul minggu lepas selepas terlihat nombor telefon lelaki itu yang
sedang mencari pekerja di sebuah laman web.

Bercerita lanjut, Zul yang mempunyai bengkel dan syarikat
sendiri di negeri Hang Tuah itu berkata, dia sedar sukar untuk orang ramai
percaya atau menerima alasan yang diberikan tetapi sekurang-kurangnya dia perlu
menjelaskan sebab berbuat demikian.

“Kalau betul saya macam tu, awal-awal lagi saya keluarkan
gambar dalam WhatsApp,” katanya.


Paparan skrin mesej-mesej penjelasan dan permohonan maaf Zul
kepada wanita yang menghubunginya untuk mencari kerja, tetapi tidak disebarkan
di media sosial.

Menurut Zul, ketika posting tersebut mula tular, isterinya
juga telah lari dari rumah kerana terkejut dan marah dengan tindakannya.

Setelah menenangkan isterinya dan menjelaskan perkara
sebenar, barulah isteri dan ahli keluarga yang lain mengabaikan posting tular
tersebut.

“Pertama kali dalam hidup saya ‘siasat’ bakal pekerja dengan
cara macam ni.
“Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab
dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya,
tipu duit saya dan macam-macam lagi,” katanya.

Zul mendakwa, walaupun dia sudah dapat mengesan identiti
wanita yang dipercayai menyebarkan posting itu, dia tidak berhasrat untuk
mengambil tindakan undang-undang.

Dia bagaimanapun sedang mempertimbangkan keperluan menukar
nombor telefon disebabkan nombornya telah tersebar dan diserang dengan
panggilan serta mesej maki hamun.

“Saya sudah minta maaf, cuma saya terfikir apa motif dia tak
viralkan sepenuhnya mesej perbualan kami.

“Mungkin kalau dia viralkan semua, ada netizen yang
dapat faham kenapa saya buat macam tu berbanding semua orang terus hentam saya
tanpa tahu situasi sebenar,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel