Connect with us

Berita Lain

‘Tun Razak Pasti Kecewa’ – Sultan Nazrin


KUALA LUMPUR: “Andainya masih bernafas, Tun Abdul Razak pastinya akan kecewa dan ralat melihat empat senario yang sedang berlaku di dalam negara.”
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah demikian menerusi pengamatan baginda terhadap perkembangan semasa tanah air, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Baginda bertitah, senario pertama merujuk kepada perpaduan warga yang mana Abdul Razak menyatakan masa depan negara bergantung kepada perpaduan rakyat.
Namun kini, titah baginda, dalam keghairahan mahu mendapat sokongan, parti politik kelihatan semakin cenderung memilih untuk menyalakan bara sensasi isu agama dan perkauman.
Sultan Nazrin bertitah, Abdul Razak turut menggariskan peranan penting sekolah dalam memupuk perpaduan rakyat melalui aliran pengajian kebangsaan menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang terkandung dalam Penyata Razak.
“Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan kini dilihat semakin gagal memenuhi matlamat untuk sekolah berperanan sebagai taman asuhan menyatupadukan warganya.
“Generasi muda pelbagai kaum yang melalui pelbagai aliran persekolahan, tidak akan berpeluang berinteraksi dan saling mengenali, sebaliknya membesar secara berasingan dalam kelompok kaum masing-masing,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku ‘Fulfilling A Legacy – Tun Razak Foundation’ terbitan Yayasan Tun Razak (YTR) hasil tulisan Shahreen Kamaluddin di sini, hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Yang turut hadir, balu Abdul Razak, Tun Rahah Mohd Noah; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTR, Tun Hanif Omar dan Canselor Universiti Tun Abdul Razak, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Sultan Nazrin berkata, senario ketiga yang akan dikesali Abdul Razak ialah pelbagai gelinciran daripada landasan sebenar pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), terutama penyalahgunaan peluang pembahagian kekayaan.
Titah baginda, ia mengakibatkan berlaku ketirisan pegangan ekonomi Bumiputera secara besar-besaran yang bukan saja mencetuskan salah faham Bumiputera yang menganggapnya sebagai pilih kasih, malahan juga kemarahan kalangan bukan Bumiputera.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Keempat berkaitan rasuah dan integriti. Hati Tun Abdul Razak pasti luluh mengikuti pendedahan demi pendedahan, tangkapan demi tangkapan kerana rasuah yang berlaku secara besar-besaran, membabitkan penjawat tinggi dan individu terpelajar dengan jumlah yang banyak serta mencalar nama baik negara bangsa, ” titah baginda.
Sehubungan itu, Sultan Perak meminta rakyat menghayati wawasan dan semangat pengorbanan Abdul Razak.
“Kepada Allah sama-sama kita berdoa supaya wawasan dan semangat pengorbanan Tun Abdul Razak tidak akan padam daripada minda dan hati rakyat.
“Semoga wawasan dan nilai murni Tun Abdul Razak dikunjungi semula, dihayati, dihidupkan dan disemarakkan dalam minda dan jiwa setiap warga Malaysia,” titah baginda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel