Foto: Lobak Merah
SEORANG lelaki berani mengugut untuk merogol seorang wanita
selepas mangsa menyedari perbuatannya cuba mencuri mangga daripada pokok yang
ditanam di rumah wanita terbabit di Taman Wahyu, Kuala Lumpur, lapor Guang Ming
Daily.
Mangsa merakamkan video lelaki tersebut dan rakannya
kira-kira pukul 6.39 petang Sabtu.
kira-kira pukul 6.39 petang Sabtu.
Sebaik ternampak wanita berkenaan merakam perbuatannya,
suspek mula bertindak ganas dan mengugut untuk mengapa-apakan mangsa.
suspek mula bertindak ganas dan mengugut untuk mengapa-apakan mangsa.
Lebih buruk lagi, suspek turut mencabar wanita tersebut
untuk membuat laporan polis.
untuk membuat laporan polis.
Suspek kemudiannya melontarkan beberapa biji mangga ke dalam
ruang parkir rumah mangsa sebelum beredar bersama rakannya dengan menaiki
sebuah motosikal.
ruang parkir rumah mangsa sebelum beredar bersama rakannya dengan menaiki
sebuah motosikal.
Selepas memuat naik rakaman tersebut ke laman sosial, mangsa
bertindak membuat laporan polis.
bertindak membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy
berkata, polis telah menahan dua suspek yang berusia 30 dan 36 tahun untuk
menyiasat kes tersebut.
berkata, polis telah menahan dua suspek yang berusia 30 dan 36 tahun untuk
menyiasat kes tersebut.