Connect with us

Berita Lain

(VIDEO) TULAR WANITA DIBELASAH, NAK MENCURI RUPANYA…


WANITA yang ditangkap dan dibelasah penduduk kampung di
Kubang Menerong, Tasek Gelugor, hari ini, mengintip rumah seorang warga emas
manakala teman lelakinya menceroboh kediaman mangsa.

Dalam kejadian 9 pagi itu, wanita yang berusia 18 tahun itu
bersama teman lelakinya berumur 21 tahun ‘meninjau’ sebuah rumah.

Teman lelaki itu kemudian memasuki rumah mangsa yang berusia
70 tahun.
Kebetulan ketika itu mangsa sedang memakai baju sebelum
lelaki terbabit memukul warga emas itu dengan kayu.
Mangsa bagaimanapun bergelut dengan penceroboh yang cuba
merampas barang kemas dipakainya manakala teman wanitanya mengintai dari luar
rumah, lapor harian metro lagi.
Jeritan mangsa meminta tolong didengari anak serta jirannya
yang bergegas sebelum menahan wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi
Adam berkata, terkejut dengan tindakan mangsa, suspek lelaki bersembunyi di
bawah katil dalam bilik mangsa.
Bagaimanapun, katanya, anak mangsa dengan bantuan jiran
berjaya memberkas suspek lelaki dan teman wanitanya sebelum diserahkan kepada
polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Video wanita itu meronta untuk melepaskan diri ketika
dicekup selain gagal menjawab pertanyaan kenapa dia mengintai rumah mangsa,
tular hari ini.
Portal berita Harian Metro sebelum ini melaporkan penduduk
yang enggan dikenali berkata, beberapa penduduk yang tidak berpuas hati terus
menyoal wanita itu, tetapi dia hanya berkata ‘sat chek nak explain’.
“Dia hanya berkata ‘sat chek nak explain’ bila penduduk
tanya kenapa dia pergi ke rumah mangsa.
“Namun, dia tetap tidak beritahu kenapa dia mengintai
rumah mangsa sebelum penduduk menarik baju dan memukulnya,” katanya.
Tiga video sepanjang antara lima hingga 10 saat merakamkan
aksi wanita itu ditahan penduduk, disoal sebelum dibelasah menjadi tular.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel