KOTA KINABALU: Polis sudah mengambil keterangan seorang guru
disiplin sebuah sekolah menengah di Kolombong, Inanam, di sini, berhubung kes
pergaduhan pelajar sekolah itu yang rakamannya tersebar di laman sosial
semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra,
berkata guru terbabit tampil membuat laporan polis berhubung video itu petang
semalam, lapor BH Online.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan guru terbabit,
pergaduhan itu berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari Rabu lalu di Padang
Taman Bayumas, Kota Kinabalu.

“Pergaduhan itu membabitkan dua kumpulan pelajar dari
sekolah yang sama. Pada awalnya hanya dua orang pelajar yang bergaduh sebelum
rakan mereka yang lain turut masuk campur.

“Berdasarkan maklumat pengadu, kejadian itu bukan kali
pertama sebaliknya ia adalah rentetan daripada pergaduhan pada hari sebelumnya
iaitu pada 8 Ogos 2017 di tempat yang sama. Namun, pergaduhan itu tidak tular
di media sosial.

“Pergaduhan dipercayai berpunca daripada perbuatan
beradu kekuatan diri masing-masing. Pihak sekolah sedia memberi kerjasama
dengan polis bagi membantu siasatan dan kita masih menyiasat kes ini mengikut
Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, pihak sekolah juga sudah mengenal pasti tiga
pelajar yang memulakan pergaduhan itu, masing-masing dua pelajar Tingkatan
Empat dan seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 51 saat itu, dua remaja
lelaki masing-masing dipercayai memakai baju sukan sekolah bergaduh sebelum
disertai beberapa pelajar lain.

Semalam, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah
Suhaibul, berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes itu.