Connect with us

Berita Lain

(VIDEO)VIRAL POLIS BERPANGKAT INSPEKTOR DITAHAN HANYA BERSELUAR DALAM DI DALAM TANDAS WANITA



ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat inspektor
ditahan dengan hanya berseluar dalam di dalam sebuah tandas wanita di sebuah
pusat membeli-belah dekat sini, Isnin.


Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan
telah dibuat dalam satu kenyataan di laman Facebook PDRM Kedah pada Isnin, lapor mstar online.

Beliau berkata polis telah menerima maklumat bahawa terdapat
seorang lelaki sedang mencetuskan huru-hara di pusat membeli-belah tersebut kira-kira
pukul 12.30 tengah malam Isnin.

Sebaik tiba di pusat membeli-belah itu, polis menahan lelaki
tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita yang terletak di tingkat
empat.

Pemeriksaan lanjut mendapati beg milik lelaki itu
mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.62 gram.

Aris berkata lelaki itu direman selama tujuh hari untuk
siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebuah video menunjukkan seorang wanita dalam keadaan marah
bertanya kepada suspek mengenai perbuatannya, menjadi viral di Facebook pada
Isnin.

Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa lelaki itu sedang
merakam aksinya di dalam tandas.

Wanita itu masih belum membuat laporan polis mengenai
insiden tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel