Connect with us

Berita Lain

ROHINGYA, CUKUP-CUKUPLAH BUAT KAMI MALAYSIA TERSEPIT!

Foto: Al-Jazeera
Tulisan saya tentang isu Rohingya telah menjadi perdebatan
hangat yang saya sendiri tak sangka. Ramai yang memberi respon negatif dengan memaki
hamun saya tanpa memahami pokok pangkal isu.
Sebagai manusia biasa, sudah pasti sedikit sebanyak saya
terkesan dengan hamburan caki maki yang dilemparkan, malah ada yang mempersoal
akidah saya. Ramai yang buat2 pandai mengeluarkan segala fakta untuk menghentam
saya. Soalnya, apakah idea kalian tentang solusi isu Rohingya ini?
Seperti saya katakan, saya juga bersimpati dan sedih dengan
nasib yang menimpa saudara seagama saya. Namun, adakah dengan sekadar
menyatakan rasa simpati dan sedih dapat merungkai masalah yang menimpa mereka?
Namun saya bersyukur, masih ada yang memahami niat baik saya
dan beberapa orang pensyarah, ahli agama, aktivis dan wartawan telah mengubungi
saya dan memberi saya semangat untuk terus memberi pemahaman kepada masyarakat
tentang isu ini dengan memberikan saya pelbagai maklumat dari sumber2 yang
sahih.
Apa yang saya tuliskan ini adalah olahan saya hasil maklumat
yang diberi beserta kefahaman saya sendiri, kalau ada fakta yang salah tolong
betulkan kerana ini adalah forum terbuka.

Saya setuju ini adalah soal kemanusiaan. Isu kekejaman
terhadap sesuatu etnik tidak harus ditoleransi oleh dunia. Bagaimanapun, apa
yang kita mampu kita buat untuk bantu selain memberi tekanan kepada kerajaan
Myanmar dan menghantar misi kemanusiaan ke Rakhine? Di akhirnya, kerajaan
Myanmar dan masyarakat Rohingya sendiri yang perlu mencari pelan damai antara
mereka.

Bukan mempertanggungjawabkan isu ini kepada negara2 serantau
atas alasan kemanusiaan. Saya telah terangkan bagaimana formula kerajaan
Bangladesh dalam menyelesaikan konflik dengan Indigenous People of Bangladesh
dalam artikel sebelum ini, yang akhirnya memberi win-win situation kepada
kedua2 belah pihak.
Kalau mereka boleh kenapa Myanmar dan Rohingya tidak?
Kesimpulannya, konflik ini berlaku kerana keegoan kedua2 pihak. Kerajaan
Myanmar dan Rohingya.
Anda pasti tahu bahawa Myanmar adalah negara yang
mengamalkan dasar asimilasi yang dipanggil Burmanization iaitu konsep satu
bangsa satu bahasa, sama seperti di Indonesia dan Thailand. Tak seperti negara
kita yang mengamalkan konsep integrasi kaum yang lebih terbuka kepada perbezaan
bangsa dan bahasa.
Masalahnya, kerajaan Myanmar berdegil untuk tidak
mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyat Myanmar kerana perbezaan budaya dan
bahasa mereka dan keengganan mereka keluar dari kelompok mereka sendiri untuk
menjadi sebahagian komuniti rakyat Myanmar.
Di pihak Rohingya juga, mereka turut berkeras kepala agar
diiktiraf sebagai warganegara tanpa mahu berintegrasi dengan etnik2 yang lain,
tidak mahu keluar dari pengasingan dan hanya mahu menjadikan hanya wilayah
Rakhine sebagai tanah air mereka serta mengekalkan identiti mereka untuk
dikenali sebagai masyarakat ‘Rohingya’ yang bertentangan dengan dasar asimilasi
Myanmar.
Sikap mereka ini jauh berbeza dengan masyarakat Muslim dari
etnik lain seperti India Muslim, Cina Muslim malah etnik Melayu Muslim Myanmar
yang diterima baik dan diiktiraf sebagai rakyat Myanmar dek kerana sikap mereka
yang lebih terbuka dalam menghormati dasar kerajaan.
Justeru, yang menuduh saya assobiyah itu, sebaiknya anda
nilai sikap Rohingya dahulu sebelum menghukum saya.

Saya kurang setuju kalau dikatakan Myanmar mengangkat negara
mereka sebagai ‘religious state’ atau negara Buddha yang hanya membenarkan
agama Buddha diamalkan. Kalau benar, kenapa komuniti beragama lain seperti
Muslim dan Kristian boleh hidup di sana? Malah, masjid juga dibina bersebelahan
kuil buddha tanpa sebarang ancaman.
Namun, sebagai negara yang majoritinya beragama Buddha,
sudah tentu penganut Buddha rasa terancam kalau ada komuniti yang cuba
mengangkat wilayah tertentu sebagai wilayah agama lain.
Samalah halnya kalau negara kita yang majoritinya beragama
Islam tapi ada pihak tertentu nak jadikan negeri tertentu, Pulau Pinang
contohnya, sebagai negeri Kristian, pasti umat Islam Malaysia rasa terancam.
Ini common sense dan harus dihormati kaum minoriti tak kira di mana sekalipun.
Bila Rohingya terus menjadikan bangsa mereka ‘isolated’ dan
tak mahu keluar dari komuniti seperti yang dilakukan oleh Indigenous People of
Bangladesh, maka berlakulah pembantaian oleh tentera Myanmar yang disifatkan
sebagai tindakan penghapusan etnik.
Myanmar mahu melenyapkan etnik Rohingya dengan kejam, dan
tindakan ini mesti dikutuk sekeras2nya kerana menyalahi norma kemanusiaan. Di
pihak Myanmar, mereka menidakkan pula tindakan mereka sebagai penghapusan etnik
sebaliknya sebagai ‘hukuman’ kepada Rohingya kerana tak mahu menerima dasar
asimilasi Myanmar.
Di sini jelas bahawa isu ini bukan isu agama, tetapi lebih
kepada isu dasar kerajaan Myanmar yang telah memangsakan mereka. Justeru
disebabkan tak mampu lagi menangggung seksaan junta, mereka keluar meninggalkan
tanah air melalui jalan laut dan darat sebagai pelarian ke negara2 jiran
seperti Bangladesh, Thailand dan Malaysia untuk mendapatkan perlindungan di
bawah naungan UNHCR.
Wajarkah kita membantu mereka? Sudah pasti! Mereka adalah
etnik yang trauma, lemah, kesakitan, kelaparan dan buta huruf. Bantuan mesti
kita hulurkan dari sudut kemanusiaan. Inisiatif Malaysia saban tahun untuk
menghantar misi bantuan dalam pelbagai bentuk mesti menjadi contoh sebagai
negara yang mempunyai kesedaran tinggi akan hak asasi manusia.
Persoalannya, selain hulur bantuan, apa inisiatif kita untuk
selesaikan isu ini? Memadaikah sekadar beri bantuan setiap tahun sedangkan isu
mereka di Myanmar menemui jalan buntu? Kerajaan Myanmar lagi suka kita hulurkan
bantuan agar mereka boleh lepas tangan dari menjaga kebajikan etnik Rohingya.
Soalnya sampai bila? Nampaknya, kita saja yang berusaha
keras dan vokal dalam isu Rohingya, sedangkan kerajaan Myanmar dan etnik
Rohingya sendiri tak mahu mencari pelan damai antara mereka dan masing2 dengan
pendirian masing2 yang akhirnya meletakkan negara2 jiran seperti Malaysia dan
Thailand dalam keadaan serba salah antara KEMANUSIAAN vs KEDAULATAN negara yang
perlu dijaga.
Bagi Myanmar senang saja, halau 1.2 juta etnik Rohingya dari
bumi Myanmar, maka misi mereka selesai. Bagi Rohingya pula ada dua pilihan,
sama ada etnik mereka diiktiraf atau mereka lari mencari kehidupan yang lebih
baik di tempat lain.
Masalahnya, mereka ini mahu ke mana? Tanah air mereka di Rakhine
sana, bukan di Saudi, Bangladesh atau Malaysia. Tak ada negara yang mampu
terima pelarian seramai itu sekaligus. Apatah lagi, dengan sikap mereka yang
Assobiyah dan tak mahu berintegrasi itu.
Kalau di negara sendiri pun mereka tak mahu berintegrasi,
apa lagi di negara orang seperti Malaysia? Mereka pasti duduk dalam komuniti
sendiri dan berkeras untuk mengekalkan identiti etnik mereka, dan mula membuat
tuntutan hak yang bukan2 dan mungkin menimbulkan masalah rusuhan kaum dengan
masyarakat lokal di belakang hari.
Malahan, sekarang pun sudah ada yang menyalah guna status
UNHCR itu untuk kepentingan diri dan menganggap status itu menyebabkan mereka
‘kebal’ undang2.
Ada yang beritahu, kalau sekarang kerajaan Bangladesh telah
gazetkan satu pulau tidak berpenduduk di wilayah Chittagong untuk tempatkan
pelarian Rohingya, kenapa tidak Malaysia buat benda yang sama?
Tahu tak, Malaysia dah lama buat! Bagi yang rajin membelek
sejarah, dah pasti anda tahu bahawa Malaysia satu masa dahulu amat terkenal
sebagai negara yang amat ‘mesra pelarian’ sampai kita menyediakan sebuah pulau
untuk 120,0000 pelarian Vietnam satu masa dahulu!
Hinggalah tercetusnya peristiwa Pulau Bidong yang hampir
mengggugat kedaulatan negara kita dek sikap pelarian yang tak sedar dek untung!
Bagi yang tak tahu, InsyaAllah saya akan bongkarkan kisah Pulau Bidong ini
dalam artikel akan datang. Jadikan ia sebagai pengajaran agar pisang tak
berbuah dua kali.
Kalau kami buka tanah air kami ini untuk semua bangsa, apa
ertinya nenek moyang kami berkorban mempertahankan tanah air kami dari
penjajahan asing? Kami juga pernah menjadi bangsa tertindas dahulu, tapi adakah
nenek moyang kami lari meninggalkan tanah air? Bangsa mana yang hulur bantuan
pada kami ketika itu?
Sebab itulah kami, Malaysia menolak untuk menandatangani
Konvensyen Pela­rian 1951 dan Protokol 1967, sebab kami masih ingat peritnya nenek
moyang kami berjuang membebaskan tanah air ini.
Berbalik soal Rohingya, saya tetap berpendirian isu ini
hanya mampu diselesaikan melalui rundingan damai antara kerajaan Myanmar dan
etnik Rohingya.
Satu pelan damai bersifat win-win situation mesti dibuat
sebagai penyelesaian jangka panjang. Jika perlu, mungkin Malaysia boleh jadi
fasilitator kerana kita berpengalaman luas dalam menyelesaikan isu2 setempat
seperti isu konflik masyarakat Islam di Timur Filipina dan Selatan Thailand.
Cukup2lah letakkan kita dalam keadaan tersepit dan serba
salah antara kemanusiaan dan kedaulatan negara disebabkan isu Rohingya yang tak
berkesudahan. Bangkitlah, bangkit Rohingya!
Apa pun, kami akan terus membantu kalian selagi diizinkan
Allah dan doa kami agar kalian kuat menghadapi dugaan ini dan menjadi bangsa
yang berjaya di dunia satu hari kelak. InsyaAllah.
Artikel asal : Mohd Faizal Zulkifly

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel