Connect with us

Berita Lain

SAMBUTAN MERDEKA MERIAH, PENUH SEMANGAT


KUALA LUMPUR 31 Ogos – Semangat dan penghayatan kemerdekaan pada tahun 1957 di Stadium Merdeka bagai dihidupkan kembali pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan mengembalikan beberapa individu penting dalam sambutan kemerdekaan 60 tahun lalu.
Perkara itu diterjemahkan melalui persembahan Khas Hari Kebangsaan 2017 yang dimulakan dengan lakonan semula imbasan prakemerdekaan dan kemerdekaan yang mengimbau nostalgia penjajahan Jepun dan British sehingga kepada pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

 Sambutan diteruskan dengan acara pelepasan 60 ekor burung merpati oleh Penerima Pingat Hang Tuah pada 1962, Rusnah Aksah yang pernah melepaskan burung merpati putih sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Turut menggamit nostalgia adalah dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menaikkan bendera Malaya pada 1957 iaitu Leftenan Komander (B) Mohamed Sharif Kalam dan Pegawai Waran 1 (B) Oliver Culvelt Samuel diberi penghormatan melakukan tugas sama menaikkan Jalur Gemilang.

Acara kemudian diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara dan laungan merdeka tujuh kali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Apa yang menarik perhatian, nada laungan merdeka oleh Najib seakan-akan mirip Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika kali pertama melaungkannya di Stadium Merdeka.
Acara kemudian diteruskan dengan persembahan khas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pentomen Ops Tapah F Team diikuti dengan persembahan kawad senyap oleh Tentera Darat Diraja Malaysia yang membabitkan 1,000 anggota.
Seterusnya, acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2017 yang disertai 18,0765 peserta mewakili lapan segmen iaitu kenegaraan, perpaduan, animasi, Sukan SEA dan Para ASEAN, TN50, Ketenteraman Awam dan Komponen Rakyat mengambil tempat.
Turut mendapat perhatian adalah persembahan udara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mempamerkan kebolehan akrobatik membentuk formasi 60 dengan menggunakan pesawat VC-70.
Acara dimulakan sejurus selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat tiba ke majlis tersebut kira-kira pukul 8.10 pagi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan 2017.
Sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran waris pejuang kemerdekaan negara dan pembentukan Malaysia selain kedatangan 39 veteran tentera British yang berjuang ketika zaman komunis dan konfrontasi Indonesia-Malaysia. – Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel