Connect with us

Berita Lain

TERSELAMAT MAUT SELEPAS TERPERANGKAP ARUS DERAS


ENAM kanak-kanak dan 14 orang dewasa yang mandi di kawasan
perkelahan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu berdepan detik cemas apabila
terperangkap di tebing sungai akibat arus deras, 4 petang, hari ini.
Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa yang berasal dari
Taman Tanjak, Kuala Kubu Bharu itu hendak pulang sebelum tiba-tiba paras air
sungai meningkat dan diiringi arus deras menyebabkan mereka terperangkap.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Yusof Md Ali
berkata, pusat kawalan bomba menerima panggilan pada 4.17 petang sebelum
bergegas ke lokasi kejadian lapor my Metro.
“Anggota bertugas merentas arus deras dan merentang
tali untuk melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang tersangkut dan membawa
mereka ke tempat selamat.
“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dalam tempoh
hampir sejam,” katanya.
Menurutnya, kesemua mangsa terdiri dari empat kanak-kanak
perempuan dan dua kanak-kanak lelaki, tujuh perempuan dewasa dan tujuh lelaki
dewasa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel