Saturday, November 08, 2025

TIPU PELANGGAN CECAH RM500 RIBU, PEMILIK ‘WEDDING PLANNER’ DIREMAN

September 1, 2017
1 min read

Shah Alam, 31 Ogos – Seorang wanita dipercayai pemilik
syarikat perancang perkahwinan direman dua hari bagi membantu siasatan
berhubung penipuan pakej perkahwinan dipercayai membabitkan lebih 100 mangsa.
Perintah reman ke atas wanita berusia 35 tahun itu
dikeluarkan oleh Majistret S Nisha, di Mahkamah Majistret Klang, 10.45 pagi ini
lapor MyMetro.
Mohamad Akmel Ari Shamsul Kahar, peguam yang mewakili suspek
berkata, anak guamnya itu ditahan polis sejak semalam bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Dia (suspek) direman dua hari. Namun saya tidak boleh
mengulas lanjut supaya tidak mengganggu siasatan.

“Namun, kami akan memfailkan saman sivil terhadap beberapa
individu mempunyai kaitan dengan syarikat anak guam saya,” katanya ketika
ditemui di perkarangan mahkamah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten
Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan mengenai penahanan wanita berkenaan.
“Ia dibuat hasil laporan pengadu mendakwa ditipu selepas
mendapati pejabat syarikat itu ditutup, pada Selasa lalu, dan gagal menghubungi
pemiliknya.
“Pengadu mendakwa sudah membayar RM7,000 untuk majlis perkahwinan
yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut mengenal pasti mangsa yang
lain dan laporan berkaitan kes itu dikumpul oleh Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial (JSJK) Selangor.
Lebih 100 pengantin dan bakal pengantin mendakwa terpedaya
dengan tawaran syarikat di Seksyen 7, Shah Alam, dengan anggaran kerugian
keseluruhan mangsa mencecah RM500,000.
Kejadian berpuluh mangsa penipuan ‘menyerbu’ syarikat itu
tular di media sosial berikutan kegagalan syarikat perancang perkahwinan itu
menyediakan sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan, Isnin lalu.
Kebanyakan bakal pengantin yang menjadi mangsa mendesak
syarikat perancang perkahwinan itu memulangkan semula duit yang dibayar antara
RM2,000 dan RM10,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pemuda Langkawi Cedera Parah Lepas Langgar Anjing, Kini Terlantar Di Rumah

LANGKAWI – Sebak hati membaca kisah seorang pemuda, Muhammad Affiq Fitri, 23,

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,