Connect with us

Berita Lain

TUN M YAKIN NAMA DIINGATI ATAS SUMBANGAN, JASA PADA MALAYSIA

Foto: The Malaysian Insight



GOMBAK – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak
kisah  jika namanya tidak ditulis atau
dipadamkan dalam apa-apa buku yang ditulis oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, namanya pasti diingati ramai pihak atas
sumbangan dan jasa yang dicurah kepada Malaysia.
“Saya tak hairan. Mereka tak letak nama (Mahathir) pun,
orang kenal saya,” katanya kepada media selepas majlis makan malam raih dana
anjuran Armada Malaysia, kelmarin.
Dalam nada menyindir, beliau meminta supaya mana-mana pihak
tidak perlu menceritakan sejarah hidupnya dan sumbangannya kepada negara,
walaupun pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
“Anda boleh padam nama saya dalam mana-mana buku, jangan
cerita langsung. Semua yang bagus di Malaysia ini adalah hasil (Datuk Seri)
Najib (Tun Razak) sejak beliau lahir lagi,” katanya.
Baru-baru ini, sebuah buku diterbitkan sebuah syarikat
ditularkan orang awam kerana tidak meletakkan nama Mahathir di dalam bukunya,
walhal nama perdana menteri lain dan ucapan paling bermakna mereka diterbit
dalam buku itu.
Kementerian Pendidikan sebelum ini menafikan buku itu adalah
terbitannya dan telah membuat laporan polis terhadap penerbit buku terbabit.
Sementara itu, menceritakan perasaannya sempena kemerdekaan
negara ke-60, beliau amat bersyukur kerana Malaysia berjaya sampai ke tahap
ini, hasil idea dan sumbangan pemimpin terdahulu.
Mahathir secara jujurnya berkata, pada 1957, beliau tidak
meletakkan harapan Malaysia akan merdeka setelah melihat Malaysia telah dijajah
beberapa kali oleh negara asing.
“Masa (tahun) 1957, saya tak ada harapan lihat negara
berumur 60 tahun. Sebab itu, (hari ini) saya sangat gembira kerana hasil
perjuangan pemimpin terdahulu seperti (Tunku) Abdul Rahman, (Tun) Abdul Razak
dan sebagainya, kita telah capai kemerdekaan.
“Saya percaya, masa depan kita jadi baik jika rakyat tak
pilih Najib sebagai perdana menteri (selepas ini) walaupun beliau bagi banyak
duit,” dakwanya. – Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel