Connect with us

Berita Lain

WANITA MAUT KERETA TERJUN GAUNG


WANITA maut selepas kereta yang dinaiki bersama keluarga
terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Batu 15, Jalan Raya Timur Barat,
Jeli, semalam.
Dalam kejadian 10 malam itu, Hazlina Hassan, 42, yang duduk
di sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat
sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Kampung Kroh, Kuala Krai.
Suami mangsa Muhamad Razi Ishak, 41, serta dua anaknya
Muhamad Hazim Helmi, 16, dan Nirwanda, 14, yang cedera dibawa ke hospital sama
sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusuff
Jaafar berkata, ketika kejadian mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari
arah Gerik menghala ke Jeli untuk pulang berhari raya di rumah ayahnya di
Kampung Kroh, Kuala Krai.
“Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian kereta
dipandu suami hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam cerun. Akibat kemalangan
itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu dan dua anaknya cedera.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Menurut laporan my Metro, abang mangsa, Baharudin Hassan, 43, berkata,
dia mendapat panggilan daripada seorang daripada anak mangsa berhubung kejadian
itu pada 11 malam, sebelum terus ke Hospital Jeli.
“Arwah bersama keluarga selalu pulang ke kampung setiap
kali musim perayaan namun kali ini jenazah arwah pula yang pulang dan kali
terakhir saya berjumpa arwah pada April tahun lalu.
“Apa pun kami reda dengan ketentuan Tuhan,”
katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel