Saturday, November 08, 2025

BAPA TIRI MENANGIS, REBAH SELEPAS DIPENJARA 7 TAHUN AKIBAT PERLAKUAN SEKS GUNA JARI

September 2, 2017
1 min read

PUTRAJAYA, 29 Ogos — Seorang lelaki menangis sebaik sahaja
dihukum penjara atas kesalahan memasukkan jari ke faraj anak tirinya, tahun
lalu.
Pemandu teksi, 58, tersedu-sedan ketika memohon hukumannya
diringankan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini, lapor
Sinar Online.
“Saya penanggung tunggal keluarga dan telah insaf dan
berjanji di dalam mahkamah mulia ini tidak akan mengulanginya pada masa akan
datang,” katanya.
Tertuduh juga hampir rebah sebaik sahaja Hakim Yong Zarida
Sazali menetapkan hukuman tujuh tahun penjara dan satu sebatan.
Anggota polis terpaksa memapahnya ke bilik saksi sebaik
sahaja prosiding tamat.
Tertuduh mengaku bersalah melakukan seks menggunakan jari
terhadap anak tiri berusia 16 tahun tanpa kerelaan.
Kejadian berlaku di ruang tamu sebuah pangsapuri di Cheras,
jam 3 pagi sekitar Jun 2016.
Mengikut fakta kes, tertuduh berbuat demikian ketika mangsa
sedang tidur.
Hukuman mengikut Seksyen 377C A Kanun Keseksaan bermula dari
tarikh tangkapan, 21 Ogos lalu. – The Malay Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Lucah Ketika Live

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, tampil membuat laporan

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati di Hotel Jalan Conlay

KUALA LUMPUR – Polis kini mengklasifikasikan semula kematian seorang pempengaruh wanita warga