Connect with us

Berita Lain

KU NAN: SYUKUR PAS SUDAH SEDAR, TIDAK SERTAI PH, BERI KELEBIHAN KEPADA BN

Foto: Bernama

PUTRAJAYA, 1 Sept —
Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak bekerjasama dengan PAS akan memberi
kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti,
kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“PAS merupakan sebuah
parti politik yang berstruktur dan mempunyai keanggotaan yang ramai. PAS tidak
sama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan yang tiada struktur.
“Apabila PAS sudah
sedar (tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan) syukur alhamdulilah, kita
berharap bahawa mereka (PAS) akan bersama kita.
“Itu adalah harapan
kita,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Aidiladha dan Hari
Keluarga Parlimen Putrajaya di sini hari ini.
Pada 29 Ogos lepas,
majlis presiden Pakatan Harapan mengumumkan bahawa empat parti komponen dalam
pakatan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga
penjuru dalam PRU14.
Sementara itu,
mengenai laluan khas basikal di Kuala Lumpur, Tengku Adnan, yang juga menteri
Wilayah Persekutuan, berkata penyelenggaraan secara berkala akan dibuat di
laluan sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley untuk
memastikan ia sentiasa selamat untuk pengguna.
“Saya akan berbincang
dengan pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) untuk mencontohi idea laluan
basikal yang dilaksanakan Perbadanan Putrajaya, di mana ia tidak menggunakan
garisan sebaliknya laluan yang dicat merah,” katanya.
Selain itu, Tengku
Adnan berkata laluan basikal di Kolam Biru, daya penarik baharu bandaraya Kuala
Lumpur, dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel