Connect with us

Berita Lain

(VIDEO) GADIS AKUI TEBAR ROTI CANAI DEMI ABAH….



PETALING JAYA: Dalam banyak-banyak pekerjaan yang ada,
menakjubkan apabila gadis ini memilih untuk menjadi penebar roti canai.

Gadis bertudung ini langsung tidak peduli dengan kuali panas
dan tangannya yang sentiasa berminyak ketika membuat juadah sarapan kegemaran
ramai itu, jauh bezanya dengan kerjaya yang lebih ‘bersih’ atau glamor yang
sering diimpikan rakan seusia dan sejantina dengannya.

Melihat kemahiran gadis ini, tidak hairanlah mengapa gambar
dan videonya sedang ‘beraksi’ menebar dan menggoreng roti canai tular di media
sosial.

Nur Intan Izani Mohd Bakri ketika dihubungi mStar Online
berkata, walaupun menebar roti canai lebih sinonim dengan kaum Adam, dia tidak
pernah malu atau segan mencari rezeki dengan cara ini di gerai D-8 IlahBrie
yang dibuka oleh bapanya, di pekan Lunas, Kulim, Kedah, 30 tahun lalu.

“Saya membesar di sini, dari kecil tengok abah uli
tepung dan buat roti canai, dari situlah timbul minat untuk belajar dan cari
rezeki dengan cara ni.

“Kalau minat tak boleh malu, dulu mungkinlah malu
sikit. Setakat pelanggan usik dan kacau-kacau tu biasalah, saya tak kisah
sangat selagi mereka tak keterlaluan,” kata gadis ini 
kepada mStar Online .
Berusia 20 tahun, dia yang lebih senang disapa Izani
mendedahkan  tidak pernah mempunyai
cita-cita lain selain mahu menjadi ahli perniagaan berjaya.
Katanya, sejak menjadi penebar tetap di gerai bapanya, rutin
hariannya adalah memulakan tugas seawal jam 6 pagi sehingga kira-kira pukul
10.30 pagi.

“Saya langsung tak pernah terfikir nak sambung belajar
atau kerja makan gaji, dari dulu memang cita-cita saya nak sambung bisnes abah.

“Lagipun semua kerja di sini saya boleh buat. Tebar
roti, bancuh air, kira duit, ambil ‘order’, saya gembira kerja dengan keluarga
mungkin sebab tu saya tak pernah ada cita-cita lain,” katanya.

Mesej ‘nakal’ yang diterima Izani selepas kisahnya tular.




Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya Besar,
Lunas, ini mengakui menggalas tugas sebagai penebar roti canai tidak mudah
selain memerlukan minat dan kesabaran.

Malah, seperti penebar lain, dia juga tidak pernah terlepas
daripada dikritik oleh pelanggan, termasuklah yang mengadu roti yang dibuatnya
koyak dan bersaiz petak, sedangkan pelanggan mahukan roti bersaiz bulat.

Izani berkata, untuk memuaskan hati pelanggan, dia akan
berusaha perlahan-lahan menghasilkan roti canai menurut kehendak mereka.
Bercerita lanjut, Izani berkata dia mula belajar menebar
secara serius daripada bapanya ketika berusia 16 tahun.

Katanya, dia mengambil alih tugas menebar daripada bapanya
apabila insan kesayangannya itu jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital
kira-kira empat tahun lalu.

“Saya buat, abah duduk sebelah tengok. Seminggu juga
nak pandai walaupun dari kecil tengok abah buat.

“Buat roti canai ni kena sabar, tangan kena lembut dan
paling penting kena buat selalu, masa tebar tak rasa penat, lepas dah berhenti
boleh tahan jugalah penatnya,” katanya sambil menambah bapanya juga
sanggup memasang kipas bagi mengurangkan rasa panas ketika bekerja.

 Menurut Izani, selain menebar roti canai, dia juga mempunyai
kepakaran lain iaitu membancuh minuman kegemaran ramai, teh ais tarik dan
memasak nasi lemak.

Katanya, sejak gambar dan video dirinya dimuat naik oleh
seorang pelanggan tetapnya di Facebook dan tular, dia menerima lebih ramai
pelanggan termasuklah dari Kuala Lumpur dan Sabah.

Bagaimanapun katanya, dia masih belum mahir menyediakan
adunan roti canai dan dalam proses belajar daripada bapanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel