Categories: Berita Lain

JADI YATIM PIATU SAAT USIA BARU 13 BULAN


KASIHNYA ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah membawa
bahagia. Namun hakikat kehidupan, tidak semua dapat merasa pelukan, belaian
mahupun kasih sayang kedua-duanya.
Itu yang dirasai Mustakim Mohamad,30, apabila kehilangan
kedua orang tuanya pada usianya baru 13 bulan.
Tidak ada kesedihan di raut wajahnya saat penulis bertanya
mengenai kedua orang tuanya itu.
“Saya tak tahu apa itu sedih bila teringatkan mereka.
Saya hanya tengok gambar. Saya tak pasti tak sedih itu satu kekuatan atau
kelemahan saya.
“Sungguh, bila saya dah besar sikit dan ditunjukkan
gambar dan keratan akhbar mengenai kejadian itu, hanya rasa sayu
melihatnya,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Keluarga Mustakim ditimpa kemalangan jalan raya dalam
perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan dua hari lagi menjelang
Aidilfitri.
Kemalangan jalan raya yang berlaku pada 1987 itu antara insiden
yang menjadi bualan apabila lima maut dalam kemalangan tersebut.
Bukan hanya ibu dan ayahnya,malah Mustakim turut kehilangan
abang sulung, kakak serta datuk saudaranya.
“Yang hidup hanya saya dan seorang lagi abang saya.
Beza umur kami enam tahun.
“Saya diberitahu ketika kemalangan itu, saya terjatuh
di bawah tempat duduk belakang.
“Mengikut cerita arwah nenek, saya ditemui beberapa
minit selepas itu selepas semua ingat tak ada lagi mangsa.
“Tiba-tiba saya menangis, barulah mereka sedar ada bayi
dalam kereta tu,” ceritanya.
Dibesarkan oleh neneknya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur,
Mustakim dikelilingi jiran-jiran yang prihatin akan nasibnya.
“Saya selalu tolong arwah nenek berniaga kuih-kuih
tradisional Melayu. Saya jugalah tukang pergi kedai beli barang-barang nak buat
kuih.
“Kami tak senang tapi kami bahagia. Jiran-jiran selalu
usap kepala saya, ambil berkat anak yatim kata mereka,” ceritanya.
Mendapat bantuan persekolahan setiap tahun, Mustakim dan
abangnya juga menerima pelbagai
sumbangan apatah lagi menjelang hari raya.
“Arwah neneklah segala-galanya buat kami. Jiran-jiran
selalu cakap muka saya macam arwah ayah saya.
“Ada juga saya tengok gambar arwah ayah dulu. Ada
sekeping gambar tu rambut arwah ayah panjang. Tu saya berambut macam ni, nak
rasa dekat dengan dia.
“ALLAH SWT lebih sayangkan nenek apabila nenek
meninggal dunia pada usia saya 16 tahun.
“Saya tidak dapat melihat wajahnya sebelum dikebumikan
kerana berada di sekolah asrama penuh pada waktu itu.
“Mengenangkan segala pengorbanannya kepada saya dan
abang membuatkan saya begitu sedih.
“Lebih menyedihkan, tidak dapat menatap wajahnya buat
kali terakhir. Saya hanya lewat setengah jam,” katanya.
Mustakim dijaga oleh bapa saudaranya di Shah Alam, Selangor.
“Pak Long menjaga kami seperti anaknya sendiri. Segala
keperluan kami diberikannya. Saya sangat berterima kasih dengan segala
pengorbanannya sekeluarga.
“Ketika menyambung pengajian di Akademi Penerbangan
Malaysia di Sepang, Pak Long banyak membantu saya.
“Rasa segan pun ada, sedih pun ada dengan pengorbanan
mereka sekeluarga. Kerana itu, saya berjanji akan menghabiskan pengajian dan
bekerja untuk membanggakan mereka,” ceritanya.
Tiga tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan, Mustakim
mengambil langkah berhenti dan bekerja dalam bidang penerbitan.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago