Connect with us

Berita Lain

TANPA PAS PAKATAN PEMBANGKANG AKAN KALAH PRU-14



KUALA LUMPUR: Tanpa sokongan majoriti pengundi Melayu-Islam,
pakatan pembangkang akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki,
mendakwa 89 kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13) adalah jumlah yang paling maksimum mampu dicapai pakatan
pembangkang yang ada kini, jika mereka bergabung dengan PAS.
Katanya, jumlah itu mungkin akan berkurangan jika pakatan
pembangkang tidak bekerjasama dengan PAS.
“Tiada kerusi lagi yang mampu ditambah pakatan
pembangkang dan PAS, setelah sokongan pengundi bukan Melayu-Islam sampai ke
tahap maksimum.
“Hanya satu cara saja lagi untuk pakatan pembangkang
dan PAS boleh buat dengan memecah angka maksimum itu, iaitu dengan memperoleh
majoriti sokongan pengundi Melayu-Islam,” katanya dalam satu kenyataan
sebagai reaksi kepada hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai pengundi
yang dikeluarkan baru-baru ini.
Hasil kajian, IDE mendapati kedudukan Kerajaan Negeri
Selangor terus kukuh hasil kerjasama gabungan PKR, DAP, PAS, Parti Amanah
Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang membentuk Kerajaan
Negeri ketika ini.
Kajian itu juga mendapati sokongan terhadap gabungan ini
meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus pada Ogos 2016.
Mohd Zuhdi berkata, pihaknya menghormati hasil kajian IDE
itu, namun mempunyai pandangan yang agak berbeza.
Katanya, sokongan terhadap pakatan pembangkang tidak mungkin
boleh dicapai jika DAP dan PAN bersama gabungan itu kerana kedua-dua parti itu
dilihat oleh masyarakat Melayu-Islam sebagai anti Melayu dan menentang agenda
Islam.
“Kemasukan PPBM ke dalam pakatan pembangkang kini
sememangnya boleh menambahkan peratus sokongan pengundi Melayu-Muslim, tetapi
peratusnya sangat kecil.
“Kami menganggarkan peratus pengundi Melayu-Islam yang
mampu ditarik oleh PPBM sekitar tujuh peratus saja. Sebaliknya kemasukan parti
itu, yang dibarisi oleh golongan ultra-nasionalis Melayu termasuk ahli-ahli
PERKASA, akan menyebabkan pengundi bukan Melayu-Islam lari dari pakatan
berkenaan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) semula.
“Hasilnya kemasukan PPBM tidak akan memberi nilai
tambah untuk kemenangan pakatan pembangkang,” katanya.
Beliau menjelaskan, fenomena pengundi bukan Melayu-Islam
khususnya pengundi Cina, lari dari pakatan pembangkang setelah kemasukan
golongan ultra-nasionalis Melayu PPBM, adalah suatu realiti yang sedang berlaku
sekarang.
“Peralihan ini mula dilihat dalam Pilihan Raya Kecil
Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Berdasarkan tinjauan kami, peratusan pengundi
Cina yang lari dari pakatan pembangkang sekarang adalah sekitar 25 peratus
“Oleh sebab itu, BN meraih sekitar 35 peratus pengundi
Cina dan ini adalah satu lagi berita buruk kepada pakatan pembangkang, setelah
mereka kehilangan pengundi PAS,” katanya.
Beliau turut menjangkakan gabungan pakatan pembangkang dan
PAS adalah hampir mustahil boleh berlaku pada masa kini, kerana PAS sendiri
sekarang mensasarkan untuk menafikan peluang DAP memerintah semula Pulau Pinang
serta mengalahkan DAP di beberapa kerusi parlimen dan DUN yang mereka tandingi
di Pahang, Perak dan Selangor.
“Oleh itu, sekiranya DAP dan PAN terus berada dalam
pakatan pembangkang, tidak mungkin akan berlaku ‘electoral pack’ dengan PAS.
Malah PAS, pula telah lama bersedia untuk bertanding tiga penjuru, dengan
perancangan strategi dan kemantapan jentera.
Sementara itu, Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (ISP),
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menegaskan jentera PAS tidak lagi akan
menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR seperti yang berlaku dalam PRU-13.
Katanya, apabila DAP dan PKR memenangi PRU-13 dengan bantuan
jentera dan undi PAS mereka telah menyerang pelbagai agenda Islam yang
diperjuangkan oleh PAS.
“Justeru, PRU-14 ini jentera PAS akan fokus kemenangan
menerusi Gagasan Rakyat dengan bersaing menentang UMNO/BN dan pakatan
pembangkang untuk menang sekurang-kurangnya di lima negeri dan menjadi parti
dominan memerintah di peringkat persekutuan,” katanya. – BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel