Connect with us

Berita Lain

(VIDEO) ‘TOLONG VIRALKAN MUKA PENYANGAK INI!’



Viral di media sosial video seorang lelaki yang meragut telefon
bimbit serta beg duit milik mangsanya berhampiran sebuah masjid di Medan Idaman
semalam. Tindakan peragut dikecam hebat netizen kerana berlaku di kawasan Masjid dan seperti tidak menghormati hari dimana umat Islam sedang menyambut Aidiladha.

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam, mangsa dalam
perjalanan ke sebuah masjid di Medan Idaman untuk menunaikan solat hari raya
Aidiladha sambil merakam video suasana dipersekitaran Masjid tersebut.



“Mohon viralkan muka peragut/penjenayah yg meragut hand
phone serta beg duit hamba Allah yg sedang pergi ke masjid Medan ldaman KL utk
menunaikan solat Hari Raya Aidil Adha..muka penyamun jelas nampak..tolong
viralkan muka penyanggak ni..biar polis senang mengenalpasti saspek ini!”

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu jelas menunjukkan mangsa pada
awalnya merakam video keadaan suasana sekeliling masjid berkenaan tanpa
menyedari tindakannya itu sedang diperhatikan dua suspek dari jauh.

Tidak beberapa lama kemudian, dua suspek berkenaan bertindak
menghampiri mangsa dan terus meragut beg duit serta telefon bimbitnya sebelum
memecut meninggalkan mangsa.

Bagaimanapun, suspek tidak menyedari bahawa mangsa sebenarnya sedang
membuat rakaman video “FB Live’ dan secara tidak langsung telah merakam wajah suspek kedua yang
berkata,

“Kejarlah kalau berani. Sony jer dowh,” katanya.

Video yang dipercayai diperolehi dari aplikasi keselamatan
telefon bimbit itu kemudian dimuat naik oleh mangsa di Facebook dengan pantas menjadi tular. Mangsa meminta
orang ramai supaya menyebarkan wajah salah seorang suspek berkenaan. 

Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan tidak leka dengan telefon bimbit ketika berada di tepi jalan, elakkan diri anda dari menjadi mangsa ragut oleh golongan penjenayah yang tidak berguna ini. – Malaysian Update



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel