PETALING JAYA: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta
yang dipandunya terbabas ketika cuba mengelak daripada sebuah kereta mewah yang
secara tiba-tiba memotong dari arah bertentangan.
Dalam satu rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat, kereta
mewah jenis BMW itu dilihat terus memecut laju untuk memotong lori yang berada
di hadapannya tanpa menghiraukan kereta mangsa yang semakin hampir.
mewah jenis BMW itu dilihat terus memecut laju untuk memotong lori yang berada
di hadapannya tanpa menghiraukan kereta mangsa yang semakin hampir.
Akibatnya, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kenari
terpaksa mengelak daripada dilanggar sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
terpaksa mengelak daripada dilanggar sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Selepas terbabas, kelihatan serpihan daripada kereta mangsa
tercampak ke tengah jalan.
tercampak ke tengah jalan.
Dalam posting yang dimuat naik Nojahwati Sohani yang juga
kakak kepada mangsa, dia mengesahkan adiknya yang hanya dikenali sebagai Daus
terselamat tetapi mengalami trauma akibat kemalangan itu.
kakak kepada mangsa, dia mengesahkan adiknya yang hanya dikenali sebagai Daus
terselamat tetapi mengalami trauma akibat kemalangan itu.
“Mujur adik Daus MonSterr selamat semalam. Pada kereta
berkenaan, awak sangat biadab. Awak buat adik saya seinci dengan
kematian,” tulisnya di laman Facebook pada Ahad.
berkenaan, awak sangat biadab. Awak buat adik saya seinci dengan
kematian,” tulisnya di laman Facebook pada Ahad.
Menurut Nojahwati, kereta yang dinaiki adik bersama rakannya
itu nyaris terjunam ke dalam gaung namun penghadang jalan menyelamatkan nyawa
mereka.
itu nyaris terjunam ke dalam gaung namun penghadang jalan menyelamatkan nyawa
mereka.
“Mujur tak masuk gaung sebab berpusing-pusing kereta.
Dia selamat pun sebab ada divider,” tulisnya.
Dia selamat pun sebab ada divider,” tulisnya.
Nojahwati berkata dia bertindak memuat naik video tersebut
untuk mengesan pemandu tidak bertanggungjawab itu.
untuk mengesan pemandu tidak bertanggungjawab itu.
“Jadi saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga
kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana
undang-undang yang awak pakai. Tak guna dapat lesen kalau macam ini cara
pemanduan awak,” tulisnya.
kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana
undang-undang yang awak pakai. Tak guna dapat lesen kalau macam ini cara
pemanduan awak,” tulisnya.
Menurut laporan mstar online Difahamkan insiden pada petang Sabtu itu berlaku dekat Jalan
Felda Ulu Penggeli Kluang, Johor.
Felda Ulu Penggeli Kluang, Johor.
Video tersebut tular di laman sosial dan mendapat 42,000
tontonan.
tontonan.
Rata-rata netizen meminta pihak berkuasa untuk memburu
pemandu kereta mewah itu.
pemandu kereta mewah itu.
@Ajip Rtd berkata:”Buat laporan dan serah bukti rakaman
pada pihak polis. Minta pihak polis jalankan siasatan…#kuasaviral.”
pada pihak polis. Minta pihak polis jalankan siasatan…#kuasaviral.”
@Mat Sam Hamid berkata:”Kalau korang nampak apa nombor
plat BMW tu, kasi report.”
plat BMW tu, kasi report.”
@Akmarina AzreeNa berkata:”Semoga pemandu BMW tu dapat
dikesan. Betul-betul pentingkan diri. Harap je kereta besar tapi otak
kecil.”
dikesan. Betul-betul pentingkan diri. Harap je kereta besar tapi otak
kecil.”
