Sunday, November 16, 2025

“ITU LORONG KECEMASAN, BUKAN LORONG MOTORSIKAL”

September 5, 2017
1 min read



PETALING
JAYA: Seorang lelaki membangkitkan kemarahan netizen selepas mengeluarkan satu
kenyataan yang didakwa menyokong kereta menggunakan laluan kecemasan.


“Itu lorong
kecemasan, bukan lorong motosikal. Motor tak ada hak nak marah kereta.


“Tak muncul lagi
signboard (papan tanda) dilarang melalui lorong kecemasan,” kata lelaki
berkenaan yang kini tular di media sosial.


Kenyataan
tersebut turut mendapat kecaman penunggang motosikal yang sebahagiannya
menggunakan laluan itu terutama di lebuh raya. 



Ramai mempersoalkan
di manakah laluan sebenar untuk motosikal sekiranya pemandu kereta
menyalahgunakan lorong kecemasan.

Seorang
netizen berkata: “Dah tu motor nak lalu mana? Lompat-lompat atas kereta ke
apa?”


Malah ada
netizen yang menganggap lelaki tersebut merupakan antara ‘spesis’ pengguna
jalan raya yang suka memotong laluan kenderaan lain.


“Kalau motor
lalu lorong kecemasan pun boleh kena himpit, cuba bayangkan kalau motor lalu
kat tengah jalan, mesti kena sodok,” kata seorang lagi netizen.


Seorang
netizen turut berang apabila berkongsi pengalamannya bersama keluarga yang
nyaris terlibat dalam kemalangan akibat tindakan pemandu kereta lalu di lorong
kecemasan.


“Kau ni dah
menyusahkan orang. Disebabkan pemandu yang tak ada perasaan macam kau ni lah,
aku dan keluarga nyaris nak kemalangan raya puasa lepas.


“Dah lah lalu
kat laluan kecemasan, bawa macam nak lumba keta. Jenis manusia ‘sampah’ macam
korang semua ni lah yang boleh membunuh pemandu lain,” katanya.



Kenyataan
lelaki tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan video yang kini tular,
menunjukkan sebuah kereta menggunakan lorong kecemasan sehingga menghimpit
sebuah motosikal yang lalu di lorong yang sama.


Sementara
itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman ketika dihubungi mStar Online menegaskan
bahawa lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku
kecemasan.

Sehubungan
itu katanya, larangan tersebut turut dikenakan kepada penunggang motosikal.

“Mana-mana
kend
eraan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,”
katanya.

Menurut Wan
Ahmad Uzir, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan
boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987.

“Mereka yang
disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.



Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Inspektor Sheila Kembali Cetus Kontroversi, Kali Ini Didakwa Timbulkan Kekecohan Di Gerai Makan

KUALA LUMPUR – Nama Inspektor Sheila sekali lagi menjadi bualan hangat di

Tular: Budaya ‘Ulat Parking’ di Bukit Bintang Semakin Menjadi, Netizen Seru Jangan Layankan Lagi!

KUALA LUMPUR – Isu ulat parkir di sekitar kawasan Bukit Bintang kembali