Sunday, November 16, 2025

SELEPAS BERSARA, BEKAS KPN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA, DUTA KHAS

September 5, 2017
1 min read
Foto: The Malay Mail Online

SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid
Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad yang
baharu dan duta khas kerajaan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata,
pelantikan itu dilakukan bagi menggantikan Tan Sri Ismail Adam yang telah tamat
tempoh pelantikannya, 31 Ogos lalu.
“Khalid akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk
membina dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia serta
peningkatan penggunaan pengangkutan awam.
“Kerajaan ingin merakam ucapan terima kasih kepada
Ismail atas segala sumbangan beliau bagi menjayakan misi dan visi Prasarana
sepanjang tempoh perkhidmatannya,” katanya.
Khalid menamatkan perkhidmatannya secara rasmi sebagai KPN
pada satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur
(Pulapol) di Kuala Lumpur, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
dijadual menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) itu.
Khalid berkata, persaraannya dibuat awal sehari sebelum hari
lahirnya pada hari ini, diputuskannya sendiri.

Menurut laporan sinar online lagi, selain itu, Khalid juga dilantik
sebagai Duta Khas (Special Envoy) bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama
dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman
pelampau dan pemerdagangan manusia.
“Ini memandangkan pengalaman
luas serta hubungan baik Khalid dengan agensi antarabangsa sepanjang tempoh
perkhidmatannya sebagai KPN dalam menangani masalah tersebut,” katanya
lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti