Categories: Berita Lain

KPN: 19 SUSPEK PENGGANAS BERJAYA DITAHAN


KUALA LUMPUR: Polis menahan 19 individu termasuk 11 warga
asing kerana disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan pengganas di negara ini
dalam operasi khas di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor, 4 Julai
hingga 30 Ogos lalu.
Kesemua tangkapan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan
Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai usaha membanteras dan membendung
anasir pengganas yang merancang melancarkan serangan semasa berlangsungnya
Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur dan sambutan Hari Kebangsaan ke-60, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata
tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja
sebagai guru sementara sebuah sekolah Maahad Tahfiz di Gombak, Selangor, 4
Julai lalu.
“Suspek yang berusia 25 tahun itu disyaki terbabit
dengan sebuah kumpulan gabungan pengganas Daesh di Bangladesh dikenali sebagai
Jamatul Mujahideen Bangladesh.
“Suspek dikehendaki oleh pihak berkuasa negara asalnya
dan dikesan masuk ke negara ini 4 September tahun lalu untuk menyambung
pengajian di sebuah institusi pengajian awam (IPTA) di sini,” katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Mohamad Fuzi, tangkapan kedua dilakukan menerusi
operasi pada 7 dan 9 Ogos lalu di Johor Bahru, Johor dengan tangkapan
membabitkan seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga Maldives.
“Suspek rakyat tempatan berusia 40 tahun yang juga
seorang peniaga itu dikesan menyimpan enam naskhah majalah Dabiq (majalah
terbitan Daesh) serta beberapa artikel berkaitan Daesh dalam telefon bimbit
miliknya.
“Dua rakyat Maldives, masing-masing berusia 29 dan 33
tahun yang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin pula ditangkap kerana
disyaki menggunakan Malaysia dan Singapura sebagai transit sebelum berlepas ke
Syria untuk menyertai perjuangan Daesh di sana,” kata beliau.
Menurutnya lagi, dua hari kemudian, tiga lagi tangkapan
dibuat membabitkan seorang pesara guru dan dua warga Iraq dalam operasi di
Bachok, Kelantan dan Gombak, Selangor, 11 Ogos lalu.
“Dalam serbuan di Bachok, kita tahan seorang pesara
guru berusia 63 tahun kerana dikesan aktif mempromosikan kegiatan pengganas
Daesh melalui dua akaun Facebook miliknya.
“Dua lelaki warga Iraq itu pula ditahan dalam serbuan
di Gombak kerana disyaki bertindak sebagai komander kumpulan pengganas di
selatan Iraq. Kedua-dua suspek yang berusia 41 dan 63 tahun bekerja sebagai
juruteknik,” kata beliau.
Mohamad Fuzi berkata, tangkapan seterusnya dibuat pada 15
dan 16 Ogos lalu membabitkan dua rakyat asing, masing-masing seorang warga
Palestin dan Iraq dalam serbuan di Selangor dan Kuala Lumpur.
“Lelaki warga Palestin itu disyaki merancang untuk
menyertai perjuangan kumpulan pengganas Daesh di selatan Filipina dan suspek
warga Iraq pula disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas Albania yang ada
kaitan dengan Daesh.
“Tangkapan kelima pada 25 Ogos membabitkan dua warga
negara Indonesia berusia 29 dan 47 tahun yang ditahan di Petaling Jaya,
Selangor.
“Mereka yang bekerja sebagai peniaga di Damansara
ditahan kerana disyaki aktif merekrut anggota baru kumpulan pengganas Daesh
serta merancang untuk ke Syria,” katanya.
Lima hari kemudian, pada awal pagi 30 Ogos, satu operasi
bersama Unit Tindakhas (UTK) Bukit Aman di Cheras, Kuala Lumpur menahan lapan
individu berusia 20 hingga 52 tahun disyaki terbabit kumpulan pengganas Abu
Sayyaf Group (ASG).
“Daripada lapan suspek, dua adalah warga Filipina.
Salah seorang daripada mereka adalah suspek utama ahli ASG berusia 25 tahun
yang menyusup masuk ke Sandakan, Sabah sebelum ke Kuala Lumpur pada Disember
2015.
“Suspek pernah terbabit dalam pertempuran dengan
tentera Filipina, menculik enam tebusan warga Filipina dan menyembelih seorang
tebusan beragama Kristian di Selatan Filipina pada 2010.
“Dia juga pernah bertemu tiga rakyat Malaysia ahli
kumpulan ASG iaitu Dr Mahmud Ahmad, Mohd Najib Hussein dan Juraimee Awang
Ramlee di Kampung Tipo-Tipo, Basilan, Selatan Filipina pada September
2015,” kata Mohamad Fuzi.
Beliau berkata, maklumat turut mendedahkan suspek mempunyai
rancangan untuk melancarkan serangan semasa upacara penutupan Sukan SEA ke-29
di Stadium Nasional Bukit Jalil dan perbarisan Hari Kebangsaan ke-60 di Dataran
Merdeka.
Kesemua 19 suspek yang ditahan disyaki melakukan kesalahan
di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (AKTA
574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2010 (Akta 747). – BH Online


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago