Saturday, November 08, 2025

TULAR VIDEO PELAJAR SEKOLAH DIBULI, POLIS MULAKAN SIASATAN

September 7, 2017
1 min read


SEPANG – Polis menyiasat video kes buli yang didakwa berlaku
disebuah sekolah di Dengkil, di sini, yang tular di media sosial sejak semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Baharuddin
Mat Taib berkata, siasatan masih dijalankan pihaknya berhubung dakwaan
terbabit.
“Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh pihak mangsa.
“Kita sedang semak kesahihan video yang tular itu sama ada
ia berlaku di daerah sini atau bukan,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Video berdurasi 1 minit 51 saat itu tular di laman Facebook
yang dikatakan berlaku di Dengkil itu menunjukkan seorang pelajar lelaki
menangis dalam keadaan kesakitan selepas dibuli dan ditendang rakan sekolahnya.
Video itu turut merakamkan tindakan pelajar yang membuli itu
menunjukkan isyarat lucah.
Tinjauan di laman Facebook rata-rata mengecam tindakan buli
itu dan menyatakan agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas. 
Sinar Harian


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,

‘Hari Ini Hari Dia’ — OKU Fizikal Tamat Pengajian Di UniSZA, Kisah Ketabahan Zulfaqar Aslam Undang Sebak

KUALA TERENGGANU – Tular di TikTok perkongsian oleh Zulfaqar Aslam, atau nama