Saturday, November 08, 2025

AHMAD SAID AJAK LUPAKAN SEJARAH LALU, BINA SEMULA KEKUATAN UMNO

September 8, 2017
1 min read

KEMAMAN 8 Sept. -Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said
mengajak seluruh kepemimpinan dan ahli UMNO negeri ini mengetepikan pergeseran
bagi bersama membina semula kekuatan dalaman parti menghadapi Pilihan Raya Umum
Ke-14.
Tanpa merujuk kepada konflik kepemimpinan yang memaksanya
melepaskan jawatan dan krisis hubungan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman suatu ketika dulu, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu
menegaskan sejarah lalu itu mesti dilupakan.

 Beliau mengibaratkannya sebagai ‘lidah yang tergigit’ yang
tetap bersambung dan mahukan semua kembali memperbetulkan sebarang kesilapan
untuk bergerak seiring dengan matlamat memastikan UMNO dan Barisan Nasional
terus menerajui negeri ini.
“Kita tiada pilihan, seperti sajak Usman Awang, `di belakang
duri di depan api, kita tidak boleh undur lagi’. Saya minta marilah kita
berganding bahu, lupakan sejarah lalu. Jangan diungkit lagi,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis
perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini yang
disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
selaku Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden.
Yang turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri
Idris Jusoh; Ahmad Razif dan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek.
Sehubungan itu juga, Ahmad yang menegaskan kesetiaannya
terhadap UMNO tidak pernah berganjak, berharap dalam situasi kini segala
karenah yang boleh menjejaskan
ketenteraman ahli perlu dihentikan.
Katanya, tidak mudah bagi UMNO dan BN menghadapi pilihan
raya kali meskipun ada yang mengatakan ruang untuk kemenangan lebih luas dengan
kemungkinan besar berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran perpecahan dalam
pakatan pembangkang.
“Bagi saya, di Terengganu tidak mudah. Sebab orang Pas tak
ramai yang lari (menyertai parti lain) kerana mereka berpegang kepada bai’ah.
Yang lari hanya kalangan pemimpin,”ujarnya.
Katanya, Pas sudah belajar daripada sejarah masa lalunya
yang begitu agresif dalam tindak-tanduknya semasa memerintah hingga ditolak
rakyat, dan jika UMNO dan BN terlepas, parti itu akan memperbetulkan kesilapan,
dan menyukarkan UMNO menguasai semula. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian